Faisal Reza Rahman

 

Faisal Reza Rahman a.k.a FR (panggilan mesra Reza) berusia 27 tahun (2012) berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009.

Mempunyai pengalaman dalam pemasaran online dan offline sepanjang penglibatan dalam dunia perniagaan. Gemar memotivasikan diri dengan membaca buku dan menghadiri seminar berkaitan ilmu perniagaan. Bercita-cita untuk menjadi jutawan sebelum berusia 30 tahun dengan menjadikan jutawan-jutawan dalam perniagaan sebagai Mentor antaranya Dr. Irfan Khairi, Dr. Fadzillah Kamsah, Abang Abu, adik-beradik KRU dan ramai lagi

Penglibatan awal dalam dunia perniagaan internet adalah melalui dunia blogging iaitu blog Arredza Network kemudian beralih ke bidang perniagaan internet dengan memberi perkhidmatan membina laman web perniagaan dan perkhidmatan rundingan perniagaan secara online dan offline.

Menubuhkan syarikat Arredza Enterprise (002047476-M) untuk menjalankan perniagaan internet dan Blogging. Blog-blog dibawah kendalian Faisal Reza Rahman:-

Latar Belakang

 

Sedikit latar belakang penulis. Saya merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik. Lahir di Pontian, Johor dan kini menetap di Ampang, Kuala Lumpur. Pelajar lepasan Maahad Johor, Johor Bahru. Setelah tamat persekolahan berkhidmat sebagai pejawat awam di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Merupakan pelajar ‘Drop Out’ dari Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan internet. Pada Februari 2010 saya mengambil keputusan untuk berhenti dalam perkhidmatan awam dan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa.

Kemahiran dan Kepakaran

Faisal Reza Rahman mempunyai kepakaran dalam dua bidang pemasaran iaitu melalui dunia perniagaan offline dan perniagaan online. Sentiasa belajar untuk memperbaiki kemahiran dan kepakaran dalam kedua-dua ini.

Kemahiran Online

  1. Membina laman web HTML jenis minisite.
  2. Membina laman web dan blog  jenis ‘Content Management System’ WordPress.
  3. Research Pemasaran melalui internet dengan menggunakan Google tools seperti Google Keyword Tool external, Pemasaran SEO, dan sebagainya.
  4. Membina grafik untuk perniagaan internet, header, banner pengiklanan, Facebook, Twitter, dan sebagainya.
  5. Membina laman Fan Pages Facebook dan membuat pemasaran melalui social media.

Kemahiran Offline

  1. Rundingan perniagaan dan pemasaran internet secara offline.
  2. Memberi coaching untuk perniagaan internet melalui seminar, kelas, konsultansi dan sebagainya.
  3. Strategi perniagaan dan pemasaran secara offline melalui pengiklanan, event, dan sebagainya.
  4. Penulis blog dan artikel secara sepenuh masa dan sambilan.

Pengalaman Bekerja Dengan Pakar Perniagaan Internet

 

Dr. Irfan Khari ( Irfan Khairi Sdn. Bhd.)

Faisal Reza pernah bekerja dengan Dr. Irfan Khairi sebagai krew sambilan di IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd). Beliau bertugas untuk membantu kerja-kerja belakang tabir ketika Seminar/Worksyop/Talk yang dijalankan oleh Dr. Irfan Khairi antaranya Seminar Jutawan Internet, Seminar Rahsia 3K, Seminar Percuma Keusahawanan Peoplepreneur dan pelbagai worksyop dari Dr. Irfan Khairi.

Layari Laman Web Dr. Irfan Khairi www.IrfanKhairi.com

 

 

Ammar Zahar (Ammar Zahar Sdn. Bhd)

Ammar Zahar merupakan seorang pakar perniagaan internet di Malaysia dan luar negara. Melihatkan permintaan terhadap pemasaran melalui internet semakin diperlukan dalam perniagaan-perniagaan di Malaysia, Ammar Zahar Sdn. Bhd. ditubuhkan. Faisal Reza merupakan Eksekutif Pemasaran bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Ammar Zahar Sdn. Bhd.

Layari Laman Web Rasmi Ammar Zahar www.PerniagaanInternet.com

 

 

ILuvIslam.Com | Discover The Beauty Of Islam

Pada April 2012, saya menyertai IluvIslam.com susulan dari saya menemubual pengasas IluvIslam.com sendiri iaitu Imran Koyube (boleh refer pada pautan INI). Di sini saya menjawat jawatan Event Manager dan event pertama saya adalah Konvensyen Super Parents telah berjalan dengan jayanya dengan bantuan team IluvIslam.com yang lain. Selain dari menjadi event manager saya membuat tugasan lain dengan niat dakwah fisabillah dengan menjadi penulis jemputan di laman web IluvIslam.com dan membuat pemasaran.

Layari laman web IluvIslam.com www.IluvIslam.com

Seminar/Coaching/Talk

Faisal Reza pernah mengendalikan Seminar/Talk/ Coaching tentang laman web dan perniagaan internet antaranya Worksyop Laman Web Perniagaan Internet, Seminar Membina Blog dan sebagainya.

Worksyop Membina Laman Web Perniagaan Internet

 

 

Worksyop Membina Laman Web Perniagaan Internet diadakan untuk memberikan ilmu membina laman web perniagaan internet kepada perniagaan baru. Worksyop ini dijalankan di Jom Training Centre, Bandar Tasik Selatan.

 

 

 

Seminar Membina Blog Perniagaan

 

Seminar Membina Blog Perniagaan adalah seminar yang diadakan untuk pelajar-pelajar dari Kolej PolyTech MARA. Memberi pendedahan bagaimana membina blog yang boleh menjana pendapatan melalui internet. Seminar ini diadakan di Bilik Komputer, Kolej Polytech MARA, Taman Shamelin Utama, Kuala Lumpur. Modul ini diadakan beberapa kali Koleh Polytech MARA.

________________________________________________________

 

Matlamat

Matlamat utama beliau dalam perniagaan adalah untuk membantu orang untuk menyelesaikan masalah mereka dan tentunya masalah yang dihadapi oleh pelanggan adalah berkaitan dengan kepakaran yang ada pada beliau.

Beliau boleh dihubungi terus melalui contact form atau email terus kepada admin(a)faisalreza.com.

Boleh terus berhubung melalui Facebook dan Twitter di bawah :-

Facebook Profile : http://www.facebook.com/faisalrezarahman7
Facebook Pages :http://www.facebook.com/faisalrezadotcom
Twitter : http://twitter.com/Faisal7Reza

 

 

 

 

 

 

 

Faisal Reza Rahman a.k.a FR
Usahawan Internet dan Blog,
Perunding Pemasaran Internet