Seminar Internet Branding 2013 – Rahman Basri

Seminar Internet Branding 2013 - Rahman Basri

(kredit gambar dari tuan Rahman Basri)

Salam dan hai. Hari ini saya nak review tentang sebuah seminar yang saya hadiri pada Sabtu 23 Februari 2013 lepas iaitu Seminar Internet Branding yang dianjurkan oleh True Solution Network. Seminar ini disampaikan oleh pakar perniagaan internet dan pakar pemasaran affiliate terkenal di Malaysia iaitu tuan Rahman Basri.

Tuan Rahman Basri adalah seorang pakar perniagaan internet yang amat saya kagumi dengan kredibiliti beliau dalam memasarkan produk-produk affiliate Malaysia dan banyak produk yang beliau promosikan pasti meletup-letup.

Selepas kejayaan beliau melalui seminar Emel Marketing Power 2013 sebelum ini (saya tak dapat hadir sebab mempunyai hal lain), Rahman Basri mula dengan Seminar Internet Branding 2013 kerana melihat aspek penjenamaan dalam bisnes adalah sangat-sangat penting.

banner seminar internet branding

Pengisian Seminar

Speaker utama dalam seminar ini adalah tuan Rahman Basri. Tetapi dalam seminar ini tuan Rahman Basri telah menjemput 2 orang speaker jemputan iaitu tuan Syed Faiz dan tuan Rahman Baco.

Dalam Seminar ini, jika anda mencari cara membuat logo, pemilihan warna, konsep design dan berkaitan dengan material, ini BUKAN seminar untuk anda kerana seminar ini adalah berkenaan :-

CARA JADI PAKAR DALAM BIDANG ANDA

Untuk mencipta Branding perniagaan, kita perlu menjadi pakar dalam bidang kita. So dalam seminar ini didedahkan bagaimana nak jadi pakar dalam bidang kita. Secara ringkasnya ada 2 teknik :-

1) Kena faham apa topic kita, faham bidang kita macam mana boleh bantu orang melalui bidang. Dalam seminar ini tuan Rahman Basri mengambil contoh 2 orang peserta iaitu pakar Ebay dan pakar wasiat.

2) Konsisten dalam memberi pandangan. Apabila dah kenalpasti bidang/kepakaran kita, konsisten dalam memberi pandangan. Cara paling mudah untuk memberi pandangan adalah melalui Facebook. Mula memberi pandangan, contoh jika kita pakar Ebay, beri pandangan teknik menjual di Ebay secara percuma di Facebook. Kita akan mula dilihat sebagai pakar bila kita share the knowledge.

3) Kena ada story telling. Ceritakan kepakaran kita dalam bentuk story telling kerana orang suka baca cerita. TIPS : kalau kita ceritakan kegagalan kita lagi berkesan sebab ia akan buatkan pembaca rasa kita ni sama level dengan mereka. Story telling boleh dibuat dalam bentuk Facebook status, blogging, video blog dan lain-lain.

4) Memberi nasihat jadikan anda pakar. Memberi nasihat tentang kepakaran adalah teknik mentally brand untuk target market.

5 Strategi Utama Internet Branding.

1. Facebook
2. Blog
3. Email Marketing
4. Video
5. Buku

Dari SATU Produk Boleh Jadi BANYAK Produk

—> Tulis Ebook.

—> Dari Ebook Jadikan Video

—> Dari Ebook Jadikan Buku Fizikal

—> Buat 1 Laman Web Keahlian (optional)

—> Buat Seminar/Webinar

—> Buat Coaching

Syed Faiz – Teknik Sharing Facebook.

Sehingga tahun 2012 tuan Syed Faiz tak pernah update status Facebook beliau kalau update pun bila check in Foursquare dan sebagainya, tapi persepsi beliau berubah menjelang tahun 2012 hingga tahun 2013 kerana beliau mempelajari cara brand terbaik adalah brand diri kita sendiri.

Tuan Syed Faiz menerangkan dengan Facebook akan membuatkan diri kita dalam dunia orang lain. Wave kita akan menarik wave yang sama dengan wave kita melalui status Facebook kita.

Teknik menulis status Facebook dengan Mental, Emotion, Physical, Spiritual dan seterusnya menaikkan LIKE dan COMMENT di Facebook.

Teknik SMILE.
S – story telling
M – mental definition
I – Inject question
L – Labelling
E – Express Emotion.

Rahman Baco – Cara Terbitkan Buku Sendiri.

Rahman Baco adalah seorang penulis buku yang menulis buku Ubat Berasaskan Dari Sumber Babi dan Halalkah Ubat Anda. Beliau merupakan ahli farmasi yang bekerja 9 hingga 5 di makmal farmasi. Beliau mendedahkan apa yang membezakan beliau dengan ahli farmasi lain adalah beliau menulis buku untuk menjadi pakar.

Tuan Rahman Baco dedahkan 2 cara jadi pakar di dunia offline.

1) Ambil Phd.

Anda perlu belajar selama beberapa tahun di universiti sehingga ke peringkat PhD. Perlukan anda untuk komiten masa dan kewangan. Mungkin ambil masa 6-10 tahun untuk capai jika bermula dari Ijazah Sarjana Muda dan dari segi kos mungkin perlukan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM100,000.

2) Tulis Buku. (Saya pilih cara ini)

Hanya perlukan sesingkat 30 hari (paling rajin) sehingga 6 bulan (paling malas) untuk terbitkan buku sendiri. Kos permulaan mungkin percuma jika anda menghantar ke penerbit buku dan serendah RM500 jika menerbitkan buku sendiri.

Teknik-Teknik Tulis Buku

– Hadamkam 10 buku berkaitan topik kita dan jadikan 1 buku.

– Penulisan buku tak boleh diajar tapi adalah dari kita. Tiada kredibiliti tak semestinya tak boleh tulis buku. Tak semestinya buku pertama kena laku.

– Pilih sasaran pembaca. Kena khususkan target market untuk tingkat jualan buku.

– Berikan sebab kenapa pembaca patut membaca buku anda.

– Pilih penerbit buku dari yang paling besar kepada paling kecil.

Konklusi

Seminar Internet Branding 2013 ini sangat padat dengan informasi. Seminar ini bukan setakat teorikal semata-mata tapi adalah praktikal dari pengalaman 3 orang speaker yang pakar dalam bidang mereka. Saya amat cadangkan kepada semua orang yang menjalankan perniagaan untuk menyertai seminar ini kerana berbaloi dengan duit anda (duit minyak dan masa anda), walaupun percuma tapi pengisian yang diberi adalah overvalue.

Terima kasih dan tahniah kepada tuan Rahman Basri, tuan Syed Faiz dan tuan Rahman Baco atas penganjuran Seminar Internet Branding 2013. Sila layari Seminar Internet Branding 2013 untuk maklumat lanjut.

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Hanif February 25, 2013
    • Faisal Reza February 25, 2013
  2. Juraida Johari February 25, 2013
    • Faisal Reza February 25, 2013
  3. Rahman Basri February 25, 2013
    • Faisal Reza February 25, 2013
  4. Hazlam February 25, 2013
    • Faisal Reza February 26, 2013

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>