Selamat Hari Lahir Faisal Reza

 (Gambar Kek Hari Lahir Tahun Lepas)

Assalam alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya hari ini telah genap 26 tahun saya hidup di Malaysia di dunia. Rasa syukur ke hadrat Allah SubhanALLAH yang tidak terhingga kerana masih memberi peluang kepada hamba-NYA terus hidup. Dah berumur 26 tahun, ini bermakna saya telah melangkau suku abad ke-2 dalam hidup. Saya anggap saya dah memasuki dimensi baru dalam kehidupan.

26 Oktober 1985 tarikh saya dilahirkan dan kini dah berumur 26 tahun, rasa-rasa ada kaitan tak pasal nombor 26 ni? Tambah-tambah lagi sama tarikh dengan Happy Deepavali. Lagi tiada kena-mengena, kan?

Sambutan Hari Lahir

Biasanya kalau sambutan hari lahir, saya akan sambut bersama keluarga saya di rumah.  Tak adalah meriah sangat. Cukup sekadar sebuah kek dan doa selamat, dan tiup kek. Ahli keluarga saya memang sporting pasal sambutan hari jadi. Tapi cukup sekadar berpada.

Ucapan Selamat Hari Lahir

Ucapan hari lahir, kalau kad hari lahir agaknya sesiapa yang dapat memang bertuah sangat atau dia memang seorang yang sangat istimewa. Trend hidup sekarang lebih banyak ucapan hari lahir di Facebook dan SMS dari rakan-rakan terdekat. Setiap kali terima ucapan hari lahir dari rakan-rakan, saya rasa akan kembali bersemangat untuk teruskan hidup. Mesti anda yang mempunyai Facebook mesti dapat ucapan dari rakan-rakan terdekat.

Hari Lahir Sebagai Seorang Suami

Tahun lepas saya dapat sambut bersama isteri saya (ketika tu masih tunang lagi). Cuma tahun pertama sebagai seorang suami tahun ni saya tidak dapat sambut bersama isteri saya kerana dia sedang menunaikan haji di Mekah bersama keluarganya. (Dah tiga minggu saya tidur berseorangan)

Sebenarnya dah lama blog ini tidak bertulis, semoga Ulangtahun kelahiran dapat saya berazam untuk update blog ini dengan kerapnya.

Sekian itu sahajalah yang saya dapat coretkan ‘Selamat Hari Lahir Untuk diri sendiri.

 

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>