Saya berhijrah ke IluvIslam.com

FaisalReza.com ke Iluvislam.comAlhamdulillah, hari ini dah genap seminggu saya berhijrah ke IluvIslam.com. Kalau sesiapa yang tak tau IluvIslam.com tu apa, (rasanya semua dah tahu kot) IluvIslam.com merupakan laman web organisasi dakwah islam yang terkenal dengan tagline ‘Discover The Beauty of Islam’ di Malaysia. Boleh lawat laman web IluvIslam.com dengan klik link ini.

Semuanya bermula pada Isnin minggu lepas, saya disapa oleh seorang yang amat saya kenali di Facebook Chat, walaupun beliau jarang-jarang tegur saya. Yelah orang yang amat dikenali ramai dan terkenal hebatnya, mungkin tiada masa kalau kita setakat nak berbual kosong di Facebook. Orang yang saya maksudkan tidak lain dan tak bukan pengasas IluvIslam itu sendiri iaitu Imran Koyube.

Rupanya-rupanya tujuan utama Imran chat saya adalah untuk ‘hire’ saya sebagai event manager di IluvIslam.com. Alhamdulillah syukur, rasanya memang dah lama berminat untuk jadi sebahagian IluvIslam.com cuma selama ini tiada kesempatan untuk itu. Percaya atau tidak saya hanya ditemuduga oleh Imran Koyube hanya melalui Facebook Chat (ketika itu beliau berada di Manchester, United Kingdom.

Faisal Reza hired to IluvIslam

Screenshot perlantikan secara rasmi melalui Facebook oleh Imran Koyube

Apa Yang Buat Saya Berminat Untuk Sertai IluvIslam.com?

Beberapa bulan lepas saya pernah menemubual Imran Koyube untuk majalah online Jootawan (ketika saya masih lagi memegang jawatan sebagai editor di Jootawan.com terbitan Ammar Zahar Sdn. Bhd. Boleh baca temubual saya dengan Imran di majalah Jootawan Edisi ke-2).

imran koyube cover jootawan februari 2012

(Klik Di Sini Untuk Baca Temoobual Saya Dengan Imran Koyube)

Suasana kerja yang hebat dan attitude yang ada pada founder IluvIslam.com ini buat saya tertarik untuk sertai IluvIslam.com. Kebetulan beliau ada menawarkan jawatan kosong di Facebook, jadi saya pun hantar resume dan pohon atas jawatan event manager.

InsyaALLAH saya akan menjadi pengarah program Konvensyen Super Parents pada 26 & 27 Mei 2012 ini. Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari blog saya ini (yang akan sentiasa update selepas ini) atau boleh layari Facebook IluvIslam.com untuk perkembangan terkini.

Alhamdulillah selepas seminggu saya berada di IluvIslam.com, saya dapat sesuaikan diri dengan suasana kerja di sini. Rakan-rakan team IluvIslam.com sangat friendly, tak percaya, datanglah ke pejabat IluvIslam.com dan berkenalan dengan kami semua, hehe.

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Aqif Azizan April 11, 2012
    • Faisal Reza April 11, 2012
  2. Laura April 14, 2012
  3. zool April 23, 2012
  4. Firdaus Latib May 1, 2012
    • Faisal Reza Rahman May 1, 2012
    • Muhamad Faizal Anuar PJ September 12, 2012
    • Faisal Reza Rahman September 12, 2012
    • Muhamad Faizal Anuar PJ September 12, 2012
  5. Fazreen Rckstar September 12, 2012
  6. Abu Al Malizi November 5, 2012
  7. Abu Al Malizi November 5, 2012

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>