Peserta Seminar MB2000 Ini Buat Jualan RM2500 Tak Sampai 8 Jam Ketika Seminar Dijalankan

seminar mb2000-2Salam hari Isnin semua.

Sabtu lepas 11 April 2015, saya jadi crew untuk Seminar MB2000 yang dianjurkan oleh Nasihat Niaga. Speaker seminar ni tak lain dan tak bukan sifu Faisal Abdullah, pakar perniagaan internet, strategi perniagaan dan pemasaran online yang terkenal di kalangan usahawan online. Lebih kurang 700 orang peserta yang hadir seminar ini.

Seminar bermula pukul 9.00 pagi. Tapi selaku crew yang berdedikasi dan kacak, saya perlu berada di dewan seminar seawal pukul 7 pagi untuk briefing dan pembahagian tugas.

Ada beberapa orang crew yang saya dah kenal dan bekerjasama sebelum ini di seminar-seminar lain. Jadi tak susah nak bekerja sama-sama dengan orang yang dah kenal.

Siapa yang pernah join seminar yang dianjurkan oleh SifuFBAds Sdn Bhd mesti dah biasa jumpa, Emcee Senseksi, tuan Mohd Nazri Daud sebagai pengacara/emcee, tuan Sahrin Abu Bakar (paling kiri) Event Manager SifuFBAds jadi ketua crew (Dibelakang adalah tuan Zul yang tiba-tiba enterframe) dan paling kanan dan paling kacak adalah ex-marketing manager SifuFBAds.

Seminar MB2000 Selfie time

Selfie dulu sebelum mula seminar

Jadi ada peserta yang pernah datang seminar MB2000 ternampak kami bertiga akan cakap ‘eh kerja sini jugak ke‘.

Ini bukan seminar pertama saya sebagai crew. Seminar-seminar lain saya pernah jadi crew adalah seminar anjuran Dr. Irfan Khairi, Jootawan (Ammar Zahar), IluvIslam.com (ketika bekerja di sini), SifuFBAds, Konvensyen Pakar Bisnes Internet (Zamri Nanyan) dan Mastermind Dot Com (Patric Chan).

Dalam seminar-seminar bisnes seperti ini, saya lebih suka sertai sebagai crew berbanding sebagai peserta sebab :-

  • Boleh refresh ilmu (jika pernah hadir seminar yang sama sebelum ini)
  • Boleh kenal dengan para sifu dengan lebih rapat dan yang penting sifu kenal kita.
  • Lepas seminar boleh berbual dengan para sifu lebih rapat, korek idea perniagaan dan minta khidmat nasihat untuk bisnes kita.
  • Sifu belanja makan lepas seminar (hehehe….)

* biasanya sifu akan ambil kita jadi crew kalau dah pernah jadi peserta seminar sebelum ini.

Jadi tak hairanlah muka saya akan berada di mana-mana ketika seminar sebagai crew.

Tugas saya? Jadi penjaga pintu dewan seminar. Jadi sebelum para peserta masuk ke dewan, mereka perlu menghadapi saya untuk check ‘name tag’ sebelum masuk dewan. Siapa yang tak ada ‘name tag’ saya halau serta-merta (gurau je uolss..)

Oklah sebelum saya ke laut, baik kita terus ke topik utama…

Seminar MB2000

Seminar MB2000 bukanlah seminar yang menjanjikan bulan dan bintang, menjanjikan pulangan bisnes beribu-ribu dan berjuta-juta, bukan bisnes MLM, bukan skim cepat kayap, bukan bisnes ko join bawah aku dapat komisen bukan… bukan semua bukan.

11142232_438352059658820_1800583634_nMB2000 bermaksud – Mula Bisnes 2000.  

Seminar MB2000 ini perkongsian ‘solid’ ilmu perniagaan tanpa ‘hype’ dari tuan Faisal Abdullah, bagaimana nak bina perniagaan bulanan yang untung sekurang-kurang RM2000 setiap bulan.

Tiada janji-janji manis untuk jadi jutawan, tapi ramai dah jadi ribuwan, puluh ribuwan, ratus ribuwan dan jutawan dari strategi bisnes ini.

Siapa yang pernah dapatkan produk digital tuan Faisal Abdullah dengan tajuk yang sama MB 2000, seminar ini adalah inspirasi dari video tutorial tersebut.

*Boleh layari : MB2000 

Content yang hampir sama tapi dalam seminar ini ada pengisian tambahan yang tiada dalam video. Jadi sesiapa yang pernah dapatkan video MB2000 berbaloi juga untuk hadir seminar sebab anda boleh tanya soalan spesifik tentang bisnes anda dan tuan Faisal Abdullah boleh terus jawab.

seminar mb2000

Sifu Faisal Abdullah Bergaya Ketika Memberikan Ilmu MB2000

Kepada yang belum pernah hadir atau belum pernah dapatkan video MB 2000, dibawah adalah serba ringkas pengisian seminar :-

  • Betulkan mindset sebelum mula seminar. Bermula betul adalah penting berbanding bermula ‘gah’
  • Teknik Validate Produk – amat penting untuk validate/kenalpasti produk ini ada demand ke tak. Dalam seminar ini tunjukkan secara LIVE untuk validate dan boleh terus buat.
  • Elakkan buat silap dalam bisnes, dan rugi ribuan ringgit. Tuan Faisal Abdullah larang para peserta untuk bina website, beli stok banyak-banyak, renovate kedai, hire pekerja, buat loan sebelum melalui proses VALIDATE produk. Elakkan buat kesilapan ribuan ringgit
  • Dapat skrip percuma dari tuan Faisal Abdullah untuk proses validate. Boleh mula melalui Facebook dan dapat jualan walaupun anda masih dalam dewan seminar.
  • Teknik jelingan maut – siapa yang hadir seminar atau dapatkan video MB 2000 je tau apa kelebihan teknik ni 🙂
  • … dan banyak lagi…

Baca : Khas Buat Usahawan Facebook. Nak Bina Minisite Atau Blog Dulu?

Dalam seminar emcee senseksi tuan Nazri Daud mengajak para peserta memeriahkan hashtag #MB2000 di Instagram. Boleh cari di Instagram hashtag #MB2000 untuk lihat secara ‘Live’

mb2000 • Instagram photos and videos

Hashtag #MB2000 di Instagram

 

Puan Norihan Berjaya Buat Jualan RM2500 Hasil Pembelajaran Seminar #MB2000 Hari Ini Dan Terus Buat Dan Menang iPad 3

Siapa yang datang Seminar MB2000 Sabtu lalu mesti terinspirasi dengan Puan Norihan yang berjaya buat jualan 25 unit dan jana RM2500 dengan teknik validate produk yang belum ada dalam tangan. Masih dalam bentuk idea.

Dalam seminar tuan Faisal Abdullah ada buat pertandingan. Siapa yang berjaya buat validation produk dan dapat jualan tertinggi akan memenangi hadiah sejenis ‘Apple’.

Hadiah ‘Apple’ yang diberitahu sangat misteri, entah ianya hanya sebiji buah epal, atau permainan Apple Learning (permainanan kanak-kanak) atau ‘Apple’ gajet (iPhone, iPad)

Akhirnya pada akhir seminar, tuan Faisal Abdullah umumkan iPad 3 adalah ‘Apple’ yang dimaksudkan untuk jualan tertinggi.

Tahniah buat puan Norihan yang menang iPad 3

Puan Norihan berjaya buat validation produk dan buat jualan 25 unit produk dan orang ‘bank in’ RM2500 ke akaun beliau semasa seminar masih dijalankan.

Percaya tak produk yang beliau tawarkan melalui proses validasi masih dalam bentuk idea. 

Seminar MB2000 pictures 01

Ini satu-satunya gambar yang sempat saya snap ketika tuan Faisal Abdullah memanggil Puan Norihan ke atas pentas.

Apabila ditembual di atas pentas, apabila ditanya,beliau hanya buat dan amalkan apa yang diajar oleh tuan Faisal Abdullah dalam seminar.

Hanya gunakan skrip jualan yang diberikan ketika seminar, tukarkan kepada produk beliau dan post ke Facebook beliau. Produk yang beliau jual adalah loket emas yang berukir nama sendiri.

Beliau tak merancang pun untuk menang, hanya nak cuba ‘kepoweran’ skrip jualan yang dikongsikan oleh tuan Faisal Abdullah.

Siapa sangka skrip jualan ‘bodoh-bodoh’ macam tu pun boleh buat jualan RM2500 sehari,

Jadi lepas ni tuan Faisal Abdullah boleh tukar nama seminar Mula Bisnes RM2000 Sebulan jadi Seminar Mula Bisnes RM2000 sehari.

Ada Lagi Tak Seminar MB2000

Seminar MB2000 ini masih dibuka untuk lokasi Sungai Petani pada 18 April 2015 dan lokasi Johor Bahru pada 25 April 2015.

Untuk lokasi lain jangan tanya saya, saya tak tau. Boleh tanya terus kepada tuan Faisal Abdullah. Tapi menurut kata tuan Faisal Abdullah tiada seminar MB2000 lagi selepas ini.

Jadi jangan jadikan alasan jauh untuk tidak hadir seminar. Saya sendiri pernah hadir ke satu seminar anjuran lain di Kelantan kerana terlepas mengikuti seminar yang sama di Kuala Lumpur.

Nak seribu daya, tak nak sudah hehe.

Siapa berminat untuk hadir boleh ke sini daftar di sini : http://nasihatniaga.my/seminar-mb2000

Seminar MB2000 crew

Antara krew-krew seminar yang berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi

makan-makan crew MB2000

Part ni yang paling best. Sifu belanja makan

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>