Powered by Max Banner Ads 

Peoplepreneur

Peoplepreneur Business School

PBS

Salam Sejahtera dan salam 1Malaysia, FR kali ni nak share dengan dengan u all semua tentang Komuniti Usahawan Peoplepreneur Business School.

Peoplepreneur Business School atau PBS adalah satu komuniti usahawan yang mengumpulkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi usahawan. Tidak kira u all masih bekerja makan gaji, sudah ada perniagaan, ingin mengembangkan perniagaan, ingin mendapat nasihat perniagaan dari mentor dan sebagainya, inilah komunitinya.

Pada peringkat permulaan komuniti ini dikembangkan melalui email listing yang Dr Irfan Khairi. Jadi sesiapa yang melanggan email percuma dari Dr Irfan Khairi, akan menerima jemputan untuk menghadiri Seminar Keusahawan Percuma yang telah dijalankan beberapa kali di Cititel Hotel Midvalley dan juga di Grand Bluewave, Johor Bahru sejak Mei 2009. Sambutan dalam seminar tersebut amat menggalakkan dan setiap kali Seminar tersebut dijalankan, tidak kurang 80 hingga 120 orang akan hadir (yelah sebab percuma kan? … hehehe). Melalui seminar percuma ini, anda ditawarkan untuk menjadi ahli PBS.

Peoplepreneur adalah gabungan ‘People’ dan ‘Entreprener ‘ adalah di mana produk Peoplepreneur itu sendiri adalah Usahawan. Ya.. Peoplepreneur bermatlamat untuk menjadi komuniti usahawan yang terbesar di Malaysia.

Business School adalah… dari nama pun dah tau ini adalah sekolah perniagaan. Ramai orang di Malaysia gagal dalam perniagaan kerana kurangnya ilmu dalam perniagaan. Jadi PBS adalah tempatnya menimba ilmu tentang perniagaan. Tidak seperti tempat lain, komuniti ini dibimbing oleh mentor-mentor yang telah menjadi jutawan. Mentor-mentor seperti Dr Azman Ching, Dr Irfan Khairi, Abang Abu merupakan mentor-mentor yang akan membimbing ahli-ahli komuniti untuk berjaya seperti mereka juga.

Pstt :- Peoplepreneur Business School bukan Skim Cepat Kaya, MLM, Unit Amanah, Insurans dan lain-lain.

Pengalaman FR di PBS :Mencelah sikit yeahhh :-P. FR telah menjadi PBS member sejak Mei 2009. FR mendapat jemputan seminar percuma yang pertama di Office Peoplelogy, Boulevard. Niat di hati ketika itu just nak jumpa Dr Irfan Khairi secara live kerana tak pernah jumpa :-). Selepas mendengar seminar tersebut, minda FR lebih terbuka, dan merasakan komuniti ini boleh pergi jauh. Secara ikhlas FR katakan FR berminat dengan program Mentor Mentee yang dijalankan. Kerana dengan menyertai Program ini saya boleh merujuk semua permasalahan saya dalam perniagaan terus kepada Mentor yang sedia ada. Ada lagi, dalam komuniti ini kita sesama  members adalah sangat rapat dan sentiasa positif membuat saya yakin dengan komuniti ini.

Mentor – Mentor di dalam komuniti ini

Jutawan Internet

1)      Dr Irfan Khairi (idola saya ni ;-))

-   Menjadi Jutawan pada umur 25 tahun melalui perniagaan Internet.

-   Pengasas RahsiaInternet.com.

Dr Azman Ching

2)      Dr Azman Ching

-   Menjadi jutawan pada umur 25 tahun melalui perniagaan MLM.

-   Mempunyai 5 buah syarikat.

Fouder of Peoplelogy

3)      Mr Allen Lee

-          Founder bagi Peoplelogy Solution Sdn Berhad (Syarikat yang menubuhkan Peoplepreneur)

Abang Abu

4)      Abang Abu

-  Jutawan dari Singapura (sebenarnya orang Johor Bahru hehehe)

-  Pakar bidang kewangan dan pelaburan

-  Terkenal dengan slogan Always Believe in Yourself (A.B.U)

Dan ramai lagi mentor yang akan menyertai komuniti ini…..

Seminar Percuma? Dimana Yer?

Seminar Percuma telah kami jalankan di Level 5, Cititel Midvalley pada setiap bulan (kekerapan 2-3 kali sebulan).  Kami telah menjalankan Seminar ini beberapa kali di Johor Bahru iaitu Hotel Grand Blue Wave dan Tropical Inn. Lebih 80 hingga 120 orang hadir seminar ini. (pstt …. Sesiapa yang dating akan diberikan hadiah percuma)

Bagaimana nak tau bila seminar percuma tersebut diadakan?

Sila lawati Blog ini. Pada kategori Peoplepreneur untuk melihat update terkini mengenai PBS atau email kepada saya admin@faisalreza.com .

Apa yang anda dapat jika menyertai Peoplepreneur?

1)      Seminar Half Day Workshop. Kenali potensi diri.

  • Dalam Seminar ini, anda akan ditemuduga oleh para Mentor di Peoplepreneur untuk mengenalpasti di mana kebolehan dan minat anda dalam Perniagaan. Tidak semua perniagaan adalah bersesuaian dengan anda. Jadi dengan temuduga ini akan mendedeahkan perniagaan apa yang bersesuaian dengan anda.

2)      Boot Camp 3 hari 2 malam

  • Boot Camp 3 hari 2 malam anda akan belajar tentang ilmu perniagaaan dan bagaimana hendak membina keyakinan dan disiplin anda dalam perniagaan.

3)      Seminar IK2

  • Seminar ini adalah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Irfan Khairi. Seminar masih belum didapati mana-mana Seminar yang pernah dijalankan oleh Dr Irfan Khairi, juga berlainan dari Seminar Jutawan Internet. Seminar ini adalah untuk membina kredibiliti dan jenama kita di dalam perniagaan. Yang paling penting adalah bagaimana orang ramai hendak ingat produk dan perniagaan yang kita jalankan.

4)      Online dan Offline Coaching.

  • Keistimewaan pada Komuniti Peoplepreneur adalah pembelajaran berterusan oleh Mentor-Mentor. Tidak seperti Seminar-Seminar lain, Seminar ini ada sessi coaching berterusan dari Mentor melalui online dan offline. Program ini akan memastikan anda betul-betul berjaya sebagai usahawan.

5)      Peluang perniagaan bersama ahli Peoplepreneur

  • Di dalam Peoplepreneur selain anda menghadiri Seminar dan sessi coaching dijalankan dalam Peoplepreneur. Anda juga secara automatik menjadi Peoplepreneur Members. Jadi anda berpeluang berkongsi perniagaan anda pada ahli komuniti Peoplepreneur yang lain.  Setakat ini, Peoplepreneur mempunyai lebih 80 orang ahli.

Peopleprenuer Official Members

Mentor-mentor PBS n Founder

Irfan Khari, Dr. Azman Ching, Mr Allen Lee, Abang Abu,

PBS Boss n Stuff

Jefri, Shida, Siti Azlina

PBS Members Batch 1

(Batch members  dikira setiap kali selesai menghadiri 3 Days 2 Nite)

Haron, Faisal Reza, Hasryn, Aziz, Shuth, Ida Maslina, Deen Bahari, James, Shasha, Mira, Rohani, Rahimah, Syrhan, Umi,Radzuan, Nizam,

PBS Members Batch 2

Fath, Nizam, Emerilda, Hendi, Najib, Mastura, Akma Suriati, Faizal, Adlina, Wan Zakiah, Wan Zulaini, Sayuthy, Andriani, Salim, Shima, Mukhriz, Rosli, Shafie, Ahmad Yaakob, Harlina, Zawani, Shaiful, Hanim, Pauzia, Noraini, Fauziah, Rushdi, Faiz, Roslim, Athirah,

PBS Half Members

(Belum attend PBS 3 Days 2 Nite)

- Update later -

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes