Tadi FR tengah baca paper, Harian Metro, sambil-sambil buang masa. Tiba-tiba sampa pada part Mahkamah Syariah, terbaca satu berita sedih… tentang novelist yang terkenal Malaysi, Ahadiat Akashah. Bagi peminat novel, saper tak kenal Ahadiat Akashah. FR memang antara peminat Ahadiat Akashah terutama Lagenda Budak Setan yang satu ketika dulu. Oleh kerana dah tercebur dalam bidang pekerjaandan perniagaan. cerita tentang novel hilang dari ingatan.

HULU KLANG: Ibu kepada penulis novel, Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah mengakui di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, bahawa anaknya itu kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa berhutang dengannya.
Che Yah @ Norliah Yusuf, 72, berkata Ahadiat ada beberapa kali meminjam wang dengannya kerana mahu membayar hutang dan perbelanjaan termasuk RM2,000 ketika Aidilfitri tahun lalu dan belum dibayar sehingga kini.
“Biasalah, mana ada orang jadi kaya menerbit buku. Ahadiat bukan sihat sangat, tahun lepas paling teruk apabila dua kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia hanya mampu terbaring. Sejak muflis lama dulu, dia sudah tidak naik (tidak menulis) lagi.
“Ahadiat langsung tidak ke pejabat dan hanya tinggal di rumah. Sebelum ini dia ada bagi duit tetapi tidak menentu, ada kala banyak, sedikit dan tiada langsung. Saya dapat tahu syarikat itu mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak stabil,” katanya.
Katanya, dia tidak pernah mendengar cucunya, Aishah Ahadiat Akashah, 14, merungut mengenai duit belanja atau keperluan harian.
Menjawab soalan peguam syarie, Mostadza Halimi berhubung syarikat yang ditubuhkan atas namanya sebagai pengarah, Che Yah menafikan ia disebabkan anaknya itu muflis tetapi sebaliknya kerana sayang kepada nama pengarang dan mahu mengekalkan nama itu selain mahu meletakkan namanya sebagai ibu kepada penulis.
Sementara itu, Norhayati Mohd Fauzi, 31, (isteri Ahadiat) mengakui sejak awal perkahwinan dia tahu akan menanggung segala perbelanjaan keluarga termasuk anak tirinya selepas suaminya tidak lagi mampu menulis akibat sakit dan muflis.
Menjawab soalan peguam syarie Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakili bekas isteri Ahadiat, Norhayati mendakwa selepas berkahwin dia membuka syarikat penerbitan dan menguruskannya seorang diri sehingga sekarang.
Ahadiat, 44, memohon mengubah perintah mahkamah sebelum ini menetapkan dia membayar RM300 sebulan sebagai nafkah anak perempuan berusia 13 tahun mengikut keadaan kewangan.
Ahadiat dan Shahilah Shahilah Mat Nazir berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000 di mahkamah sama. Ahadiat berkahwin dengan Norhayati pada 13 Ogos 2000 dan memperoleh tiga anak.
Pada 18 November tahun lalu, novelis itu diperintahkan mahkamah membayar nafkah anaknya RM3,900 yang tertunggak sejak Oktober 2007 hingga kini.
MOHAMMAD AMIR: Setuju saya katakan bahawa selain kasih sayang, kamu mengahwininya kerana dia penulis tersohor? NORHAYATI: Ya setuju, saya memang meminati dia sejak di bangku sekolah kerana membaca hasil karya tulisannya.
MOHAMMAD AMIR: Setuju kahwin dengan dia walau tahu dia muflis sebab dia panjang akal? NORHAYATI: Ya setuju dari segi karya saja.
MOHAMMAD AMIR: Setuju dengan saya, puan menanggung seorang yang tidak ada upaya? NORHAYATI: Tidak setuju kerana dia boleh menulis.
MOHAMMAD AMIR: Tahun ini berapa buku yang dia tulis? NORHAYATI: Tidak ada, tahun lepas pun tidak ada.
MOHAMMAD AMIR: Berhubung Aishah, di mana dia tinggal? NORHAYATI: Bersama defendan tetapi apabila cuti sekolah dia akan tinggal dengan kami. Setiap hari iaitu sejak tadika sehingga sekolah menengah, saya yang ambil dan hantar dia setiap hari, selain menyediakan makan minum.

Rupa-rupanya Ahadiat Akashah dah lama jatuh muflis, tak sangka. Tapi heran jugak, Novelist yang melakarkan nama dalam Malaysia Books Of Record sebagai penulis novel terbanyak (86 buah Novel) dan mempunyai beberapa karya yang menjadi kegilaan jatuh muflis?? Kalau difikir secara rasional, beliau sepaututnya tak miskin. Rasanya pengurusan kewangannya yang tidak teratur boleh jadi faktor beliau muflis. hmmm.. entahlah.
Cuba search www.ahadiatakashah.org laman web tu dah lama ditinggalkan, kali terakhir website tu di update pada tahun 2007.
Salah satu karya Ahadiat Akashah telah diadaptasi ke Filem. Akan datang filem Lagenda Budak Setan, yang akan jadi Kasyah ialah Farid Kamil, heheh, bagi FR memang sesuai pun Farid Kamil jadi hero. Kalau ikut dari segi cerita trilogi Lagenda Budak Setan, Katerina, dan Kasyah : Lagenda Berakhir. Apapun tahniah buat Ahadiat Akashah kerana melahirkan karya agung yang menjadi kegilaaan suatu ketika dulu. FR doakan Ahadiat Akashah agar dapat kehidupan yang lebih baik kelak.

Salah satu adengan dalam filem Lagenda Budak Setan