Mencari Permintaan Dalam Perniagaan.

Salam, hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik berkaitan bagaimana hendak mencari permintaan. Tapi sebelum itu saya berkongsi suatu kisah yang diceritakan sendiri oleh sifu saya Dr Irfan Khairi. Ok, kepada pembaca-pembaca semua sila rehat-rehatkan minda. Kisah ni ala-ala story telling sikit ya.

Genie a.k.a Jin

Al-kisah pada suatu hari terdapat 3 orang sahabat yang terdiri dari seorang arkitek, peguam dan usahawan merancang untuk membuka sebuah kedai minuman. Pada suatu hari mereka terjumpa dengan sebuah botol. Ambil bila buka tutup botol itu, keluarkan asap, dan asap tersebut membentuk satu lembaga yang berupa jin. Maka jin tersebut berterima kasih kerana menyelamatkannya dari terperangkap dari botol. Maka oleh kerana terhutang budi kepada ketiga-tiga para sahabat tersebut, jin itu menawarkan 3 permintaan kepada 3 permuda itu. (Cerita ni macam biasa dengar ye?)

Maka pemuda pertama yang merupakan seorang arkitek mula meminta. Oleh kerana ketika itu dia ingin membuka sebuah kedai minuman, maka si arkitek ni meminta sebuah kedai yang mempunyai design dan dekorasi yang menarik. Ye la arkitek kan. Maka dapatlah dia kedai minuman yang dekorasinya mengalahkan KFC dan McDonald’s

Pemuda kedua pula seorang peguam meminta kedai minuman diletakkan di lokasi strategik yang ramai orang lalu lalang. Maka dapatlah si peguam ini sebuah kedai di lokasi orang ramai iaitu di Midvalley MegaMall

Pemuda ketiga pula seorang usahawan… ermm.. cuba teka apa yang diminta oleh si pemuda yang merupakan seorang usahawan? 10 saat dari sekarang….

9…

8…

7…

6…

5…

4…

3…

2…

1…

Ok.. Jawapannya si pemuda usahawan meminta orang yang haus…… So, siapa yang jawab meminta orang haus angkat tangan…

Ulasan : Pemuda pertama dan kedua meminta kedai yang mempunyai dekorasi yang cantik dan lokasi yang strategik untuk menjual produknya. Tiada yang salah cuma andai kata dalam dunia realiti sekarang kita melaburkan duit untuk membuat dekorasi cantik dan menyewa lokasi strategik tetapi tiada permintaan ke atas produk tersebut. Tidakkah rasa kerugian. Mungkin boleh bangkrap. Tetapi berbanding kalau kita cari permintaan. Pemuda ketiga meminta orang yang haus. Memerlukan air. Jika harga air itu beharga RM 1.oo tetapi dijual kepada 1 juta orang. Sudah jadi jutawan. Betul tak?

Jadi apa konklusinya? Setiap produk atau perkhidmatan yang kita hendak keluarkan atau tawarkan perlu ada permintaan. Perlu mengkaji apa yang diperlukan oleh masyarakat atau penduduk setempat waima di internet pun, kena tau apa orang yang selalu cari dalam internet baru kita tawarkan produk kita. Baiklah entri akan datang saya akan dedahkan bagaimana hendak mencari permintaan. Sekian, terima kasih.

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. zai.coklat.homemade October 22, 2010

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>