Khas Untuk Usahawan Facebook. Nak Buat Minisite Atau Blog Dulu?

minisite-atau-blogAssalamualaikum dan salam hormat.

Ramai usahawan melalui Facebook yang nak tingkatkan jualan bertanya pada saya sama ada nak bina minisite jualan dahulu atau blog.

Artikel ini adalah khas buat usahawan internet melalui Facebook terutamanya yang 100% masih gunakan Facebook Page dan Facebook Ads.

Untuk tips ini saya amat rekemen kalau anda dah mula buat jualan di Facebook dahulu sebelum mula membina minisite dan blog.

Jika dah mula buat jualan melalui Facebook anda barulah ikut step ini.

Bagi saya kedua-dua amat penting dan dua-dua boleh dibina menggunakan website WordPress.

Jom saya kupaskan apa kedua-dua jenis laman web ini boleh buat.

Minisite VS Blog

1. Minisite – Tumpu Untuk Dapatkan Jualan.

Minisite adalah website yang tumpu kepada jualan produk. Dalam minisite inilah akan diletakkan ayat jualan untuk produk, gambar-gambar produk, dan ada ayat ‘call to action’ untuk menyuruh pelawat web untuk membeli.

Contoh Minisite Video Pantas WordPress yang tumpu pada jualan produk.

Contoh Minisite Video Pantas WordPress yang tumpu pada jualan produk.

Kalau anda sebelum ini anda guna Facebook, ianya agak terhad, dari segi gambar yang terhad dan kreativiti ayat jualan, Minisite bantu untuk ‘close’ jualan secara automatik atau semi-automatik.

Guna minisite lebih mudah untuk ‘track’ jualan dari mana jika kita guna iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Google Adwords.

Yang paling best, boleh guna untuk Web Custom Audiens (Facebook Ads) untuk retargeting dan Remarketing (Google Adwords)  pada minisite untuk iklankan kembali produk kita kepada orang yang pernah lawat minisite.

Jenis pemasaran yang sesuai untuk Minisite – Facebook Ads & Google Adwords

 

2. Blog –  Tumpu untuk ‘engage’ pelanggan dan bakal pelanggan. Berfungsi sebagai sokongan kepada minisite jualan

Blog adalah pemasaran jangka panjang. Tujuan blog adalah memberi informasi sokongan kepada produk yang hendak dijual.

Contohnya kalau jual produk kuruskan badan, informasi yang perlu ada di blog adalah tips kuruskan badan, tips senaman, tips pemakanan dan sebagainya.

Contoh lagi yang saya boleh beri, contohnya blog ini lah, blog ini dibina bertujuan untuk memberi sokongan kepada minisite Video Pantas WordPress dan Video Pantas Minisite WordPress

Andai kalau kita ‘share’ tips-tips Facebook Pages kita, ia mungkin hanya bertahan selama 2-3 hari di Newsfeed, paling lama mungkin seminggu jika post kita tu menarik.

Berbanding guna blog, tips-tips akan lebih kekal lama di internet melalui engin carian seperti Google jika guna teknik SEO yang betul.

Blog juga boleh guna untuk terus letakkan produk, biasanya kurang efektif dari segi jualan sebab tumpuan pelawat blog mungkin akan terganggu pada benda lain.

Jenis pemasaran yang sesuai untuk blog – Pemasaran percuma Pemasaran SEO, Content Marketing, Social Media Marketing (share artikel blog di Social Media)

Boleh juga gunakan pemasaran berbayar seperti Facebook Ads atau Google Adwords tapi sesuai untuk ‘brand awareness’  bukan untuk jualan produk.

 

Jadi kedua-duanya amat penting, tapi bagi saya untuk permulaan mulakan dengan minisite dahulu. Kerana motivasi untuk usahawan adalah duit. Bina minisite gunakan pemasaran berbayar Facebook Ads dan Google Adwords untuk dapatkan jualan.

Next step barulah engage pelanggan dan bakal pelanggan menggunakan blog.

Kedua-dua minisite dan blog boleh dibina menggunakan WordPress. Jika dah ada minisite guna WordPress, hanya perlu aktifkan fungsi Blog pada WordPress tersebut.

Contohnya jika nama website Pemanggang-Ajaib.com, tambah directory blog seperti ini Pemanggang-Ajaib.com/blog

Pemanggang-Ajaib.com berfungsi sebagai minisite dan Pemanggang-Ajaib.com/blog berfungsi sebagai blog.

Untuk tutorial Minisite & Blog boleh layari link di bawah :-

Tutorial Video Pantas WordPress (Bina Blog) —-> http://www.videopantas.com/wordpress

Tutotiral Video Pantas Minisite WordPress (Bina Minisite) —-> http://www.videopantas.com/minisitewordpress

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Zulhilmi Zainudin April 10, 2015
    • Faisal Reza Rahman April 11, 2015

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>