Kelahiran Anak Perempuan Saya Nur Rania

Alhamdulillah hari ini dah dah masuk 9 hari Nur Rania lahir ke dunia. Tak sangka akhirnya saya menjadi seorang bapa. Oleh kerana kesibukan dan kekangan masa, saya tak sempat menulis blog tentang kelahiran Nur Rania. Tak kisahlah janji saya tetap nak hebahkan kegembiraan tidak terhingga saya ni. Hehe..

Nur Rania lahir pada 5 Mac 2012 lepas pada pukul 11.03 minit malam dengan berat 3.06 kilogram di Hospital Ampang. Alhamdulillah bayi saya lahir dalam keadaan normal dan sihat.

Nur Rania bermaksud “Cahaya Yang Mempersona”. Ramai makcik-makcik, kakak-kakak, saudara-mara yang mencadangkan supaya letak perkataan ke-3 contohnya Nur Rania Iman, atau Nur Rania Izni dan sebagainya, tapi saya nak meletakkan 2 perkataan je cukup la Nur Rania.

Nama saya sendiri pun dah panjang. Kalau letak juga 3 perkataan, mesti jadi Nur Rania Iman binti Mohd Faisal Reza (termasuk nama saya)  dan kemungkinan yang akan berlaku :-

1) Penat Nur Rania nak tulis nama… panjang sangat.

2) Bakal menantu saya nak akad nikah mesti kena ada stamina untuk lafaz akad (belum apa-apa dah fikir sampai ke sini.

3) Sila tambah lagi 😉

Kelahiran Nur Rania juga memberikan pangkat baru kepada saya dan isteri saya menjadi papa dan mama (anak sulung) , ibu bapa saya  menjadi nenek dan atuk (cucu sulung), nenek saya menjadi moyang ( cicit sulung), adik-adik saya menjadi pakcik dan makcik (anak saudara sulung).

Gambar – Gambar Nur Rania selepas beberapa jam lahir

Nur Rania Iman

Gambar Nur Rania selepas 1 jam dilahirkan

Video Selepas Sejam Kelahiran Nur Rania

Yang seronoknya, tak sampai sehari menyampaikan berita gembira kelahiran Nur Rania di Facebook, saya mendapat lebih 50 komen dari kawan-kawan, saudara-mara, rakan sekerja dan ramai lagi. Terima kasih semua yang mengucapkan tahniah.

Hari ini Nur Rania telah berusia 9 hari. Sesiapa pun nakkan anak-anak mereka menjadi anak yang baik dan berguna kepada masyarakat termasuk juga saya. Sepanjang 9 hari saya menjadi papa kepada Nur Rania, saya telah menjalankan amanah yang diberikan olehNya seperti :-

1) Mengiqamahkan selepas sahaja dilahirkan

2) Membacakan Surah Luqman, Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Al-Waqiah, Surah Yassin dan sebagainya ke telinga Nur Rania.

3) Membiasakan bayi berjaga waktu siang dan tidur pada waktu malam. (Mula-mula agak susah jugak)

4) Bercakap dengan Nur Rania ketika Nur Rania tidur. Saya terbaca dalam buku, apabila bercakap dengan bayi ketika bayi sedang tidur, minda separa sedar bayi masih berjaga. Waktu ini paling sesuai untuk memberikan nasihat kepada anak-anak.

Gambar Terbaru Nur Rania pada hari semalam (13 Mac 2012)

Nur rania selepas 9 hari

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Nenekanda Nur Rania March 14, 2012
    • Faisal Reza March 16, 2012
  2. hafidz July 19, 2012
    • Faisal Reza July 19, 2012

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>