FaisalReza.com Resurrection | Misi Membersihkan Sawang-Sawang

Saya masuk dalam blog sendiri hari ini iaitu FaisalReza.com. Hari ini saya masuk blog ini, saya tutup mata. Bayangkan saya masuk sebuah ‘rumah’ yang kosong selama 1 tahun 7 bulan yang lalu. Hari ini ‘rumah’ tu dah bersawang-sawang di sekeliling. Ada sedikit debu-debu.

Krikk.. krikk…. Krikk…

Eh ada bunyi cengkerik pulak (macam mana cengkerik ini boleh hidup?) Silap-silap jin pun dah buat duduk bertendang dalam ‘rumah’ tinggal ini.

Hari ini saya masuk blog bersawang ini bawak penyapu, sabun, mop lantai, kain lap. Misi membersihkan sawang-sawang, debu-debu dan habuk-habuk bermula.

Begitu Besarnya Impak Facebook Hari Ini Kepada Seorang Blogger.

Ya, semua ini salah Facebook. Hehe.. gurau je. Dulu kalau kita ada nak share sesuatu, just blog it. Sekarang, just Facebook it. 

Tak terkecuali la saya. Apa-apa nak ‘share’, share di Facebook. Akhirnya blog dah semakin diabaikan. Sejak kali terakhir saya update blog tentang 5.2 Juta Orang Berpotensi Jadi Pelanggan Anda, blog ini dah tiada post terbaru.

Waima ramai blogger-blogger terkenal dah tinggalkan blog mereka bersawang (melainkan blog jenis portal). Ada yang blog-blog ditinggalkan secara sengaja tanpa renew.

Antaranya blogger terkenal suatu ketika dulu JustKhai.com. Kalau taip balik domain website ni. domain ni dah dibuka balik untuk dijual. (huhu… sedihnya, salah satu sebab saya mula ‘blogging’ dulu adalah kerana inspirasi JustKhai).

Tapi masih ada blogger-blogger yang masih aktif berblogging. Contohnya… errmm.. tak ada contoh. Dah lama tak jenguk blog-blog orang lain.

Jadi kehidupan harian saya hari ini banyak dicoret di Facebook.

Walaupun saya dah lama tak blogging. Saya masih lagi amalkan pemasaran blogging dan pemasaran untuk SEO untuk perniagaan dan niche produk. Sebabnya jangan lupa, pemasaran yang ada hari ini bukan Facebook sahaja. Google masih lagi raja dalam industri internet lagi. Ada beberapa produk dan servis saya masih guna pemasaran SEO (teknik optimasi web di Google) dan pemasaran Adwords (servis iklan berbayar di Google)

Sekarang dah tiba masanya untuk saya kembali menulis di blog, berkongsi tentang perniagaan internet, blogging dan SEO.

Zaman Gelap Blog Ni.

zamangelap

 

Statistik blog ini ada catatkan dari May 2013 hingga August 2014 (setahun 3 bulan) blog saya tiada pengunjung. Saya anggap blog saya berada di zaman gelap.

Tapi dah mula berubah pada 1 September 2014. Orang ‘dah mula cari saya’ (perasan…). Traffik blog ini naik mungkin sebab saya dah mula buat dapat jemputan webinar, seminar dan bengkel untuk berkongsi ilmu blogging, SEO dan WordPress.

Agak malu sebenarnya walaupun saya sarankan untuk blogging dan SEO tapi blog saya tak ber’update’ sejak tahun lepas. Banyak ‘content-content’ blog ini tiada kaitan pun dengan apa yang saya sharing dalam webinar, seminar dan worksyop.

Kalau dulu boleh la, orang tak kenal saya, tak payah update blog pun takpe.

Dalam Video Pantas WordPress pun saya ada cerita, betapa pentingnya blogging untuk perniagaan.

Kalau sebelum ini saya cakap kalau ada benda nak share, Just Facebook It. Jangan lupa, orang di luar sana kalau nak cari apa-apa maklumat, mereka Just Google It.

Blogging adalah salah satu cara untuk naikkan ranking blog/website kita di Google.

Oleh sebab traffik semakin naik ke blog saya semakin bersemangat untuk saya update cerita terkini tentang saya. Nak tak nak kena update blog ini.

Sedikit Timeline Ringkas Fast Update Sepanjang Blog Saya Bersawang

Dibawah adalah update ringkas sepanjang ‘kehilangan’ saya dalam blog ini tentang bisnes dan sedikit peribadi.

28 Jun 2013 – Sertai Cuti Santai anjuran tuan Zamri Nanyan. Titik tolak kepada diri saya untuk serius dalam bisnes internet

Julai – August 2013 – Buat pertama kali ‘sales’ saya untuk satu produk cecah jualan RM20,000 sebulan pada bulan puasa melalui FB Ads & pemasaran SEO . Titik tolak ini buat saya pandang ke depan.

Oktober 2013 – Saya pindah ke rumah baru dan beli kereta baru hasil dari bisnes sendiri Proton Preve. Kalau orang lain nampak ini kejayaan kecil, bagi saya ia kejayaan besar buat diri saya.

5 Disember 2013 – Anak kedua saya lahir di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang.

15 Disember 2013 – Ditawarkan dan terima. Menyertai SifuFBAds Sdn Bhd sebagai Marketing Manager. Saya minta percubaan untuk 3 bulan sebab posisi ini perlukan saya ‘involve’ secara sepenuh masa di SifuFBAds.

25 Januari 2014 – Seminar pertama yang saya saya ‘involve’ secara langsung untuk uruskan dari segi pemasaran, pengurusan krew, komisen, jualan untuk Seminar Missing Chapter.

30 Mac 2014 – Tamat kontrak dengan SifuFBAds Sdn. Bhd. Saya ambil keputusan untuk kembali kerja dari rumah. Terima kasih SifuFBAds. Tapi pada masa sama masih lagi bersama dengan SifuFBAds melalui projek-projek lain.

April 2014 – Produk digital pertama saya dilancarkan Video Pantas WordPress. Video ini adalah step by step tutorial bina website/blog menggunakan WordPress.

4 & 5 April 2014 – Jadi Emcee ‘bidan terjun’ untuk Konvensyen Pakar Bisnes Internet 2014.

3 & 4 Mei 2014 – Worksyop berkomputer pertama saya bawah topik WordPress SEO bersama SifuFBAds.

31 Mei & 1 Jun 2014 – Buat kali pertama jadi crew untuk Internet To Income Seminar 5 anjuran Patric Chan. Sangat berbangga kerana dapat menyertai team international speaker Patric Chan, Joel Bauer dan Simon Leung.

14, 21, 27 August 2014 – Pertama kali dalam hidup dijemput untuk jadi speaker jemputan untuk Webinar anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

30 & 31 August 2014 – Worksyop kali kedua saya bawah topik Blogging & SEO. Kali ini adalah anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

15 Oktober 2014 – Jadi speaker jemputan untuk pertama kali di Worksyop Blogging untuk penjawat awam di Jabatan Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

23-26 Oktober 2014 – Pertama kali sertai Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK 2014) anjuran Richworks dan Dr. Azizan Osman. Waktu ini, satu kesedaran telah wujud dalam diri saya dan saya berubah.

8 November 2014 – Kembali bersama SifuFBAds sebagai orang kuat belakang pentas ketika seminar Chapter F, SifuFBAds.

10 November 2014 – Video tutorial kedua saya mula dijual iaitu Video Pantas Minisite WordPress. Video ini lebih khusus untuk membina ministe guna WordPress dengan pantas.

13 November 2014 – JV pertama saya bersama Cikgu Hafis Anwar untuk projek Minisite WordPress. Saya diperkenalkan oleh Cikgu Hafis Anwar melalui webinar.

Jadi itu sahaja sekilas dari post pertama saya selepas 1 tahun 7 bulan. Nantikan artikel saya seterusnya mengenai tips perniagaan internet, blogging & SEO.

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Zulhilmi Zainudin November 15, 2014
  2. ikhwan November 15, 2014
    • Faisal Reza Rahman November 20, 2014

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>