Facebook Page Kena Unpublished Oleh Facebook

fb unpublishSekadar perkongsian dari saya. Pernah tak Facebook Page anda kena unpublished oleh Facebook?

Ini risiko yang perlu dihadapi oleh usahawan Facebook. Apa yang anda akan buat jika tiba-tiba Facebook Page anda yang mempunyai 10,000 Likes, 30,000 Likes, 100,000 Likes tiba-tiba di unpublished oleh Facebook tiba-tiba? Menangis woo..

Saya antara yang mangsa unpublished oleh Facebook pada 9 January 2015.

Sebab unpublished pun tak berapa jelas. Walaupun dah cuba merayu untuk publish balik tidak dilayan oleh pihak Facebook.

Faisal Reza Rahman

Ini Facebook Page saya yang telah kena unpublish

 

Facebook Page pun tak lah ramai sangat. Sekadar 1400 Likes sahaja. Page ini adalah FB Page untuk personal saya. Banyak saya share tentang tips-tips bisnes interet, Facebook, Blogging, WordPress dan banyak lagi.

Sebenarnya bila dah kena unpublished, Facebook ada beri peluang untuk Appeal (buat rayuan) publish balik. Walaupun saya dan klik pada button Appeal dan kemukan rayuan, tetap tidak diterima.

Ye lah layankan aje.

Nak taknak terpaksa create FB Page baru. Kepada follower saya yang Likes FB Page saya Faisal Reza Rahman sebelum ni, boleh Like ke FB Page saya yang baru

Klik sini —> http://facebook.com/faisal7reza

Facebook Page yang saya kongsikan akan kongsikan tips-tips blogging dan bisnes internet yang takkan saya kongsikan pada FB Profile saya.

Saya percaya bukan saya sahaja yang mungkin hadapi masalah ini. Mungkin anda yang membaca perkongsian ini juga pernah alami.

Jadi saranan saya elakkan bergantung kepada platform FB sahaja semata-mata.

Amat penting untuk Take Action duan perkara penting di bawah.

  • Labur sedikit untuk bina website/blog untuk perniagaan anda.
  • Bina database pelanggan/prospek guna pemasaran email.

Elakkan rasa terlalu selesa dengan Facebook sahaja. Keluarkan sedikit pelaburan untuk bina website/blog dan bina database pelanggan/prospek melalui email.

Baca : Khas Untuk Usahawan Facebook. Nak Buat Minisite Atau Blog Dulu?

 

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>