Berbuka Puasa Bersama PUIM.my dan WangCyber.com

Bebuka puasa di menara usahawan

Assalamualaikum dan salam 1________ (isikan tempat kosong).

Alhamdulillah semalam saya menghadiri satu majlis berbuka puasa anjuran bersama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM.My) dan Wangcyber.com. Rasanya sepanjang Ramadan kali ini, inilah satu-satunya saya berbuka luar dan satu-satunya jemputan berbuka puasa yang dianjurkan mana-mana organisasi.

Majlis berbuka puasa anjuran PUIM dan Wangcyber bukan sahaja sekadar jamuan, tapi boleh dikatakan 3 dalam 1. Selain berbuka puasa, boleh kembangkan networking dengan usahawan-usahawan internet lain dan belajar sesuatu dari apa yang disampaikan oleh pakar-pakar perniagaan internet.

Rasa tak rugi datang sebab ramai pakar-pakar seperti Zamri Nanyan, Razif Yusof, Adly Mukhtar, Hasbul Aqill, Gero Azrul (pengasas PUIM.My), Mohd Suhaimy, Noorizam Shah, Jamaluddin Bahri dan ramai lagi.

Secara peribadi dah lama saya tak sertai aktiviti networking. Ada orang datang sebab nak belajar teknik buat duit di internet tapi saya lebih kepada refreshment untuk memotivasikan diri dalam perniagaan. Jadi, bila dah datang, saya tak lepaskan peluang untuk berjumpa dan menimba ilmu dari mereka dan apa lagi tangkap la gambar sebagai bukti.

Adly Mukhtar

Adly Mukhtar

Selama ni saya hanya berhubung dengan tuan Adly Mukhtar melalui Facebook chat atas beberapa projek bersama IluvIslam.com. Ketika saya baru masuk Tabika KEMAS mungkin beliau baru dilahirkan. Sekarang beliau mempunyai empayar perniagaan internet yang gah di Malaysia.

Tuan Adly Mukhtar pengasas Flarebiz, MajalahNiaga, SinarNiaga dan macam-macam lagi. Baru 22 tahun dan… masih bujang hehe (kalau ada sesiapa berkenan nak buat menantu)

Hasbull Aqill

Hasbull Aqill

Seorang lagi anak muda yang hebat dari MajalahNiaga.com. Saya kagum dengan kerjasama antara beliau dan Aqif Azizan dalam membangunkan MajalahNiaga.com. Banyak benda yang beliau berkongsi kepada saya tentang pemasaran SEO dan rahsia sumber pendapatan underground beliau dari MajalahNiaga yang ramai orang tak tau.

Noorizam Shah

Noorizam Shah

Seorang pakar Ebay terkenal Malaysia.  Saya memang dah lama nak berjumpa dengan tuan Noorizam Shah sejak saya berada di Ammar Zahar Sdn. Bhd. lagi. Kali ini bila dah berjumpa saya tak lepaskan peluang untuk bertanya macam-macam soalan tentang Ebay. Oleh kerana saya seorang yang zero tentang Ebay. Saya tanya tentang macam mana nak mula buat duit melalui Ebay.

Simple je jawapan dia “mula jual apa-apa je produk kat Ebay. Selagi tak mula kita tak mula tak tau boleh buat duit ke tak”. Kalau berminat nak belajar jual produk dari Ebay. Saya cadangkan produk dari beliau iaitu Video Lubuk Duit yang mempunyai panduan lengkap buat duit Ebay.

Zamri Nanyan

Zamri Nanyan

Pakar pemasaran produk digital dan affiliate. Kalau ikutkan ini kali kedua saya berjumpa dengan beliau. Kali pertama ialah ketika beliau datang ke event saya iaitu Konvensyen Super Parents di PICC, Putrajaya Mei lalu. Sebab beramah mesra dah tanya khabar, tapi tak sempat nak tanya banyak tentang perniagaan internet.

Mohd Suhaimy a.k.a Shuth

Mohd Suhaimy a.k.a Shuth Wangcyber

Pengasas WangCyber.com. Saya dah lama kenal dan berhubung dengan tuan Shuth sejak dari program Peoplepreneur Business School (PBS) lagi. Kiranya saya dan Shuth ibarat adik-beradik. Air dicincang tak akan putus. Sempat saya berbincang beberapa perkara sulit sehingga gambar ini pun ditangkap secara sulit.

dan beberapa lagi orang-orang hebat yang saya kenali di FB tapi tak sempat nak cerita. (mungkin tak kenal)

Aktiviti-Aktiviti

1) Ucapan dan penerangan dari Pengerusi Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) iaitu dari saudara Gero Azrul sendiri. Menjelaskan kenapa PUIM ditubuhkan, matlamat, visi, misi dan cabaran-cabaran dalam (PUIM).

2) Perkongsian Ilmu dari orang lama (otai) perniagaan internet dan juga orang-orang baru dalam perniagaan internet.

3) Sehelai Baju Buat Pengelap Air Mata yang disampaikan oleh saudara Jimieray. (Saya akan adakan artikel khas untuk program ini)

4) Networking Game – bertukar-tukar kad perniagaan sesama ahli PUIM.my.

5) Berbuka puasa la apa lagi. Terima kasih kepada Burger Bakar Kaw Kaw yang menaja buka puasa kami pada hari tersebut.

 

Lain-Lain

Ada 2 pasangan bawak anak ke dalam majlis berbuka iaitu saya sendiri  dengan isteri Adlina Izni dan….. seorang lagi adalah sepupu saya sendiri Hasryn Hamka bersama isteri Amira Nadia dan anak-anak mereka. Oleh itu kami dua keluarga sering jadi perhatian dalam majlis malam tadi.

Sebenarnya saya sendiri tak tahu Hasryn akan datang ke majlis berbuka puasa semalam, dan kami sendiri tak ada janji nak bawak anak-anak datang. Bila fikir-fikir balik saya dan Hasryn ada persamaan iaitu kami adalah ‘Family Man’. Kemana-mana mesti bawak keluarga.

Hasryn yang pantang bila diberi peluang untuk pegang mic. Itulah sepupu saya.

 

Kredit gambar : Gero Azrul @ Persatuan Usahawan Internet Malayia, Emerilda.com

Update

Video Networking dari Hasryn Hamka

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Fazreen Rckstar September 12, 2012

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>