Anak Sulung Saya Nur Rania Dah 1 Tahun

Alhamdulillah, diam tak diam, pejam celik pejam celik, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sekarang dan masuk ke fasa tahun berganti tahun. Selasa lepas, 5 Mac 2013 anak sulung saya Nur Rania dah genap berumur 1 tahun.

Dah besar dah anak papa. Teringat lagi hari pertama Nur Rania lahir setahun yang lepas.  Rasa gembira tak terkata. Syukur Alhamdulillah selepas Rania dilahirkan rezeki saya sekeluarga tidak putus-putus. Saya yakin anak itu adalah rezeki dari ALLAH.

Dah setahun Nur Rania dah :-

  1. Pandai berdiri, berjalan, tapi masih perlu berpaut di mana-mana dinding. Majoritinya masih merangkak.
  2. Gigi dah tumbuh enam batang. Dah boleh makan.
  3. Dari segi tutur kata, mula menyebut-nyebut perkataan yang mudah. Saya kurang pasti kebanyakan tutur katanya seolah-olah menyebut kalimah ALLAH dalam keadaan pelat.
  4. Rambutnya lurus dan lebat. Ketika lahirnya pun lebat rambutnya. Selepas 3 minggu kami cukurnya sehingga botak. Tak sangka rambutnya cepat panjang dan cantik.
  5. Dari segi kesihatan, Rania jarang jatuh sakit. Alhamdulillah. Tak pernah kena demam kuning. Tiada masalah alahan. Kalau kurang sihat pun maksimum 2 hari je. Nasihat saya kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa. 2 perkara yang buat anak akan sentiasa sihat. Pertama : sentiasa bagi anak minum breastfeeding tanpa gagal. Bukan susu lain tak bagus, tapi susu ibu adalah susu terbaik dunia. Kedua : Jangan lengah-lengahkan aqiqah anak. Pesan ustaz saya, darah yang mengalir dari haiwan sembelihan aqiqah anak kita adalah pengganti segala penyakit.
  6. Anak saya seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa. Kalau ada kanak-kanak kecil yang sebaya atau yang tua lebih kurang 2-5 tahun, dia akan menyapa kanak-kanak tersebut dulu. Mungkin sebab nak berkawan agaknya. Kena ada adik agaknya hehe.

Sambutan Hari Lahir Nur Rania

Sambutan Hari Lahir anak saya dibuat kecil-kecilan di rumah ibu saya di Ampang. Ibu, ayah dan adik-beradik saya (termasuk adik ipar saya) turut sama sambut hari kelahiran. Rania dapat hadiah special daripada neneknya.

Selamat hari lahir Nur Rania

Saya, isteri saya dan Rania nak potong kek

kek hari lahir Rania

Kek Hari Lahir Rania 1 Tahun

potong kek

Potong Kek

Semoga anak papa jadi anak yang cerdik, solehah, bijak, hebat, taat kepada ibu bapa Aminn.

 

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>