Assalam alaikum,
Kali ni nak review tentang sejarah sikit-sikit artis Bertudung Malaysia dan antara yang feymes-feymes dikalangan diorang. Di negara kita Malaysiaku tercinta ini terdapat beberapa artis Malaysia bertudung hot yang jarang ataupun tak pernah atau jarang berlaku di negara-negara lain (rasanya dari Indonesia takde kot, maybe ada tapi aku tak tau, korang bagitau k). Berikut antara artis bertudung yang memecahkan tradisi (menutup mulut mereka yang mengatakan tutup aurat tutup periuk nasi, pengabisnya diorg yang tutup muka malu) Reviews ini disusun mengikut ke’feymes’an dan kesenioritian.
“Adna…. Maaadzaa taraaa… Hakadza Wa Kazaaa Maaafiii…..” eh ternyanyi plak. Sedap gak suara aku sekali sekala nyanyi ni. huhuhu. Memang tak dinafikan Waheeda merupakan artis kontroversi bertudung Malaysia yang pertama memecahkan tradisi ini. Saya mula dengar lagu ni ketika tingkatan 6 bawah masa sekolah dulu, Lagu yang bertajuk Wassini menjadi dendangan anak-anak muda yang bertemakan ‘worldmusic’. Lagu berbahasa arab ini menjadi suatu method dakwah baru yang ketika itu (sehingga sekarang) anak-anak muda semakin kurang untuk mendengar nasyid-nasyid lama (oldskool???) seperti nasyid Panggilan Haji, Bila Izrail Datang Memanggil dan sebagainya. Nasyid-nasyid seperti Wassini, Binafsha, menjadi menjadi pengganti.
Sebagai orang seni tidak terlepas dari gossip dunia hiburan, Waheeda sekarang semakin kurang untuk tampil dikaca Tv mahupun radio dan akhbar. Adalah lebih baik dia slow down karier seni ini buat sementara waktu biar keadaan reda. Tenang-tenangkan fikiran.
Wardina saya labelkan di tempat kedua kerana kesenioritiannya dan fenomena yang dibawa olehnya. Saya mulakan dulu sedikit sebanyak sejarah tentang dirinya. Wardina merupakan artis keluaran majalah Remaja. Asalnya adalah seorang yang tidak bertudung dan merupakan seorang model. Kemudian namanya meningkat naik apabila turut berlakon dalam sitkom yang popular iaitu Spanar Jaya bersama Ahmad Idham, Zaibo dan Opie Zami. Wardina telah menjadi perhatian apabila mengenakan tudung dipertengahan kemuncak kariernya dan ketika itu juga dia telah berkahwin dengan pemuda dari Acheh. Saper kata pakai tudung rezeki lari? Wardina antara artis bertudung yang menerima rezeki mencurah-curah kerana selepas itu beliau mula mengorak langkah dalam filem pulak.
Dugaan artis bertudung ini tidak kurang juga ketika membintangi filem cerita Cinta 300 Ela (entah aku tak ingat 200 ke 300 tapi lebih kurang camtu la tajuknya), tak perlu diceritakan lagi isu-isunya. rasa semua dah tau. Tapi kontroversi tersebut tak menjatuhkan semangat beliau. Hari ini beliau mengorak langkah ke bidang pengacaraan pula iaitu Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari esok Ini. Wardina juga membawa fenomena fesyen bertudung yang juga dikenali tudung Wardina.
Bienda antara artis terawal mengenakan tudung, dari segi ranking saya letakkan pada tempat ketiga. Dia adalah fenomena terawal. Penyanyi yang asalnya dari kumpulan Nasyid Solehah mula mengorak langkah sebagai artis solo popular dengan lagu Penantian. Bienda juga menggunakan konsep yang sama seperti yang dibawa oleh Waheeda iaitu lagu dalam dakwah dakwah dalam lagu. Menggunakan elemen ‘worldmusic’ seperti yang dibawa oleh Waheeda sebagai method menarik minat remaja. Bienda juga turut menceburi bidang lakonan antaranya telemovie yang popular dikalangan pelajar-pelajar sokolah iaitu See You di IPT lakonan bersama kumpulan nasyid UNIC dan Nasrizal Ngasri(Jingga Bell). Artis ini juga turut sama menerima kontroversi dunia hiburan dan juga menerima dugaan dari ALLAH. Beliau mengidap penyakit jantung berlubang. Beliau kini sedang bangun untuk kembali aktif dalam bidang seni.
Salima Habibi, mengejutkan dunia realiti TV Akademi Fantasia. Menjadi artis wanita bertudung pertama memecah tingkap tradisi diterima masuk ke Akademi Fantasia. Seawal kemasukkannya boleh dikatakan fenomena kerana sering menduduki ranking teratas AFUNDI berbanding peserta wanita yang lain yang tak bertudung . Tapi di atas sedikit kesilapan ketika berada di AF (mayb terlupa kot yang keliling AF tu ada pasang videocam). Undiannya menurun mendadak dan terkeluar ketika hampir menjadi Finalis AF4. Artis ini juga tidak lari dari pancaroba dunia hiburan.
Haaa…. yang ni semangat sikit nak cerita (cepat-cepat betulkan rambut, sikat rambut,) ehem2… Heliza merupakan awek aku Artis Bertudung keluaran Akademi Fantasia. Menjadi igauan setiap lelaki Gadis berwajah manis ini menjadi Finalis ketika berada di Akademi Fantasia musim Ke-5. Gadis yang kelihatan ayu dan bersopan santun dan berwajah ayu ini (wah yang ni puji memanjang wakakaka) kelihatan seperti di’eskploitasi’kan atau di’perguna’kan disebabkan ‘kekurangan’ yang ada padanya. (saya ketika itu amat kesian padanya :-(). Tapi, Heliza telah membuktikan bahawa dia boleh melakukannya walaupun ada ‘kekurangan’ yang ada dalam dirinya. Syabas Heliza!!! ;-). Akhirnya, Heliza kembali membawa lagu-lagu berbentuk dakwah setelah graduate dari AF5.
Kini cik Heliza kita ni sedang menyambung kembali pengajiannya UiTM setelah bercuti kerana masuk Akademi Nasyid. Tak silap sekarang ni tengah jadi guru praktikal ye Heliza? Jadi cikgu sekolah, lawatlah ke blog www.heliza.com kalau nak tau lagi pasal dia. huhuhu. Oh ye, Heliza gak baru kuar filem macam artis bertudung lain tajuknya Syurga Cinta. Ok teruskan usaha dakwah dalam lagu.
Yuna antara fenomena terbaru artis bertudung. Yang ni lain dari yang lain. Yuna berjaya membawa kelainan dalam dunia hiburan. Popular dengan lagu Dan Sebenarnya lagu yang diciptanya sendiri meletakkan Yuna sebaris dengan artis-artis popular. Yang istimewanya pada artis ini adalah kebolehannya bermain gitar secara live membuatkan dia adalah lain dari yang lain membuatkan dia digelar Ustazah Rock.Yeah yeahhhhh….(sebut dengan gaya Bandi Amuk).
Ramai lagi artis yang bertudung lain tetapi cukup setakat ini yang terfikir dalam kepala hotak berjambul . Kalau korang ada yang lain korang tambahlah sendiri. hehe. Inilah artis bertudung 6 terbaik dari pandangan minda insan yang bernama FaisalReza. Wassalam.







. Syabas artis-artis seperti ini yang berjaya mengetengahkan trend bertudung. Sekarang ramai artis mula bertudung. Ada yang terus bertudung, ada yang bertudung biskut, kejap ada kejap takde :)).



