5.2 Juta Orang Berpotensi Jadi Pelanggan Anda

5.2 Juta orang pelanggan. Mungkin tajuk di atas agak ‘hype’ ataupun nampak macam ‘hype’ . Betul ke tak? Betul atau tak sebenarnya bergantung kepada sesiapa yang menerimanya. Kalau baca dengan positif mungkin anda akan nampak potensi Mudah.my.

Tapi untuk dapat potensi pelanggan seramai 5.2 juta tak mustahil kalau anda ada 2 perkara ini :-

1) Menjual produk atau menyediakan perkhidmatan yang betul-betul ada permintaan.

2) Menjual di platform yang betul.

Jadi di mana platform yang betul tu? Jawapan saya Mudah.my.

Kenapa saya kata Mudah.my? Statistik terkini laman web yang paling kerap dilawati di Malaysia adalah Mudah.my dan sehingga kini seramai 5.2 juta orang telah datang melawat laman web ini.

Cuba bayangkan orang yang lawat Mudah.my ni untuk apa? Mestilah datang ke Mudah.my untuk berjual beli. Orang yang datang ke Mudah.my sanggup keluarkan duit untuk membeli. Ia ibarat kita datang ke shopping complex yang kebanyakannya nak membeli belah.

Review Saya Tentang Bengkel Mudah.my Tuan Umar Taib

Alhamdulillah semalam saya sempat menghadiri bengkel dari tuan Umar Taib iaitu Usahawan SUPER Mudah.my bertempat di Jomtraining Centre, Bandar Tasik Selatan. Bengkel ini diadakan selama sehari dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Tuan Umar Taib bukanlah asing bagi saya kerana saya telah lama rapat dengan tuan Umar sebagai rakan IM, rakan perniagaan sejak dari tahun 2010 lagi.

Review kali ini tentang Bengkel Mudah.my bukanlah bertujuan membodek, dipaksa, mahupun ‘backing kroni’. Tetapi review ini adalah ikhlas dengan kerelaan hati saya tanpa paksaan kerana apa yang saya dapat dari Bengkel Mudah.my patut saya kongsikan kepada umum dan bukan simpan sorang-sorang.

Sebelum ini saya anggap buat di Mudah.my ni biasa-biasa aja. Setakat letak iklan kemudian dapat jualan. Rupa-rupanya ramai yang telah jadi jutawan melalui Mudah.my. Bagi saya Bengkel Mudah.my adalah bengkel yang betul-betul berkualiti sebab ia adalah pengalaman sebenar tuan Umar Taib buat duit di Mudah.my.

Bengkel ini adalah bengkel berkomputer. Jadi apa yang di ajar oleh tuan Umar Taib kita boleh terus buat.

Apa yang belajar dari Bengkel Mudah.my

1. Bisnes Mudah.my boleh mula tanpa kos, percuma sahaja. Untuk membina akaun Pro Niaga (ibarat kedai online sendiri) pun percuma. Tak perlu mula dengan laman web anda sendiri.

2. Teknik pemilihan produk yang betul-betul menguntungkan. Tak semua produk yang kita iklan di Mudah.my boleh terjual. Tapi dengan teknik dari tuan Umar. Kita boleh kenalpasti produk yang betul-betul banyak permintaan.

3. Teknik listkan iklan di Mudah.my. Tak semua iklan yang dihantar akan ‘approve’, jadi untuk kurangkan risiko iklan kita ditolak (dan mungkin akan demotivate kita) terdapat pantang larang yang perlu kita buat sebelum listkan iklan.

4. Mungkin kita tak akan dapat grab kesemua 5.2 juta pelanggan. Tapi kalau kita boleh dilihat sebanyak 1% sahaja pun anda dan boleh dapat 50 ribu orang berpotensi melihat iklan anda melalui Mudah.my. Kalau 1% orang dari 50,000 orang jadi pelanggan anda, anda berpotensi mendapat 500 orang pelanggan. Cukup tak 500 pelanggan? Dah lah tak perlu ada website. Senang dapat pelanggan pulak.

5. Dapat trafik percuma dari Mudah.my (part ni paling saya suka). Di Mudah.my tak boleh letakkan link laman web anda di iklan-iklan anda. Tapi ada beberapa teknik atau ‘Trick’ yang membolehkan anda letakkan link website anda.

6. Skrip iklan yang power. Dalam bengkel ini kita diberi skrip iklan untuk bila orang membacanya tak teragak-agak untuk membeli dari kita. Mudah.my seperti yang kita tau (mungkin ada yang tak tau saya bagitau) banyak penipuan di Mudah.my tapi bagaimana untuk membuatkan orang percaya kat iklan kita dan membeli dari kita ( yang penting produk kita bukan tipu punya la).

7. Teknik letakkan gambar iklan. Nak banyak iklan dilihat berkali-kali? Cara letakkan gambar pun diambil kira.

Siapa yang patut datang bengkel ini?

1. Kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes. Boleh mula bisnes online tanpa modal ni dan tanpa laman web sendiri.

2. Kepada yang dah ada bisnes tapi nak kembang dan tingkatkan jualan. Dari bengkel ini kalau buat apa yang diajar oleh tuan Umar Taib, jualan akan meningkat berkali-kali ganda.

3. Ejen hartanah. Ya Ejen hartanah, sebab produk paling hot dan paling banyak di lihat di Mudah.my adalah produk yang berkaitan hartanah.

4. Penjual kereta. Kereta adalah produk kedua paling hot dijual di Mudah.my, bak kata orang siapa jual kereta rugi kalau tak iklankan kat Mudah.my.

5. Penjual produk fizikal. Jual apa-apa sahaja produk fizikal pasti akan mudah dijual di Mudah.my

6. Pelajar Universiti. Pelajar universiti yang dah nak keluar universiti, dan berkobar-kobar nak buat bisnes, mula bisnes dengan Mudah.my (tuan Umar Taib yang saya kenali mula bisnes online sejak dari zaman universiti. Boleh baca blog beliau di sini).

7. Internet Marketer. Ya internet marketer patut datang, explore ilmu baru tentang perniagaan internet.

Sedikit video teaser dari BengkelMudah.my

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Bengkel Mudah.my boleh layari laman web ini Bengkel Mudah.my

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>