Salam to all readers… lama FR tak update weblog ni (guna istilah lama hehehe) atas sebab busy banget.  Sebenarnya dalam otak ni banyak benda nak cerita dalam blog tersayang ni. Dalam file Posts dah pending banyak post2 yang tinggal nak publish jer cuma tak tau nak publish mana dulu.. hohoh… sampai camtu sekali ker?

Anyway, go to the headlines, tajuk berita utama hari ni…. sekian berita penting dari studio 8 Kandahar… hohoh.. FR dah start mengarut. Kali ni nak post tentang filem Remp-It V3 (nama asal V3 Samseng Jalanan) yang bakal ditayangkan pada 11 Mac 2010. So far filem ni adalah filem yang amat dinanti-nantikan selepas Remp-It (2006) oleh mat-mat sumpit rempit se-Malaysia termasuk la FR . Kali ni isu berbangkit yang timbul adalah Filem arahan pertama Farid Kamil V3 Samseng Jalanan telah diCIPLAK. Kenyataan ini diluahkan oleh Farid Kamil sendiri melalui blognya http://farid-kamil.blogspot.com

Salam semua para sahabat… dukacita, apabila harta intelek saya diciplak…

Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk “V3 Samseng Jalanan”.

Adnan Sempit menjalankan shooting pada bulan Julai 2009.. Saya ada menonton Adnan Sempit, apa yang saya boleh cakap adalah hanya pada MULA dan AKHIR cerita itu adalah Adnan Sempit… Di TENGAH2 cerita itu ianya adalah V3 Samseng Jalanan yang telah diolah…

Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak.

Kerja pihak – pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang
disekat, saya ucapkan ‘Good Luck’…
Sebelum ini pun V3 Samseng Jalanan dah beberapa kali melalui kontroversi bermula dari poster Rempit V3 yang dikatakan begitu ’seksa’ mata ni nak tengok. Kemudian, nama ‘Rempit’ diharamkan penggunaannya… dan seterusnya beberapa babak adengan perlumbaan dipotong memaksa pengarah filem ini merombak kembali skrip filem ini dan melakukan penggambaran semula.. yer la kos dah banyak abis… takkan nak biarkan filem tu berkubur… Dan dugaan kali ni adalah dari  filem yang telah berjaya mencatat kutipan RM 6.7 juta (setakat apa yg FR baca dalam akhbar tadi) dikatakan merupakan idea asal dari Farid Kamil.
Apapun tahniah kepada Farid Kamil yang tetap tak putus asa walaupun dugaan berkali-kali. Bagi FR tak perlu la menyalahkan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM) kerana mereka dah lakukan tugas mereka dengan baik. Harap Farid Kamil banyak-banyak bersabar k. Dugaan pertama kali mengarah filem, lagipun Farid Kamil banyak idea…. next time boleh buat filem lebih baik. Yang Ciplak takkan lebih baik dari yang Ori ye tak? Jadi nantikan di pawagam 11 Mac 2010.
p/s : Heroin bagi kedua2 filem tu adalah orang yang sama la… baru perasan.

  • Share/Bookmark