Salam, malam tadi FR pergi preview Storm Readers (bukan Storm Rider tau) melalui email dari Dr Irfan Khairi. Memang agak menarik kerana belum-belum pernah Dr Irfan Khairi join mana-mana business networking atau Multi Level Marketing. MLM??? Yup… Storm Readers ni merupakan MLM baru. Apa yang menariknya Storm Readers ni sebuah MLM yang 100% berteraskan Syariah Compliant. Ahli Panel penasihat Syariah ialah ustaz Zahazan dan ustaz Zaharuddin wahhh… kalau dah 2 orang panel penyemak dah tentu marketing plan untuk MLM ni dipantau dengan teliti.
Produk untuk Storm Readers ialah….. buku… yup.. buku-buku keluaran Telaga Biru. Dr Irfan merupakan antara penulis-penulis buku-buku Telaga Biru. Antaranya Nota Jutawan Nota Motivasi dan Nota Jutawan Nota Perniagaan. So far, FR dah baca dah buku ni n khatam beberapa kali, buku ni memang best. sebab orang nya pun best.
Telaga Biru memang tak asing lagi (kalau korang minat baca buku, kalau x minat mmg taktau). Penulis-penulisnya memang hebat-hebat belaka antaranya Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ismail Kamus, Ustaz Zaharuddin, Ustazah Bahyah Professor Izzi (renung-renungkan dan selamat beramal ;))dan lain-lain termasuk Dr Irfan Khairi sendiri..
Buku-buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru adalah berbentuk buku keagamaan, hadis-hadis, kesihatan, motivasi dan sebagai. Jadi produk berteraskan ilmu, menggalakkan budaya membaca kalangan masyarakat 1Malaysia hohohoho. Anyway banyak buku2 Telaga Biru yang FR dah ada.
So far malam tadi memang ramai yang datang kat pejabat 7 Layer Training n Consultancy, Gombak. Tempat agak sempit mayb sebab time aku datang ramai orang. sampai ada yang berdiri termasuk la FR. Terserempak jugak la beberapa orang yang FR kenal… heheh kaki bisnes… biasa la.
Bagi pendapat FR, Storm Readers adalah MLM yang terbaik bagi yang berminat untuk menjana pendapat melalui networking business kerana :-
- Produk adalah buku-buku ilmiah. So far tak pernah ada MLM ada produk buku ilmiah (mengikut apa yang FR tau… kalau dah pernah ada, FR mintak maaf kayy…)
- Penulis-penulis yang hebat dan disegani. Penulis-penulis dari Telaga Biru seperti Ustaz Zaharuddin, Dr Fadzillah Kamsah, Dato Ismail Kamus, Dr Irfan Khairi, Ustazah Bahyah, Professor Izzi dan lain-lain
- 100% Syariah Compliant. Panel penasihat adalah Ustaz Zahazan dan Ustaz Zaharuddin.
- Perniagaan ini boleh dibuat secara online. Yup kerana pendaftaran dan pembelian buku boleh dibuat secara online melalui e-store.
- Leader-leader yang hebat. Penulis-penulis buku itu sendiri turut menyertai system networking itu sendiri seperti Dr Irfan Khairi dan Dato Ismail Kamus. (melalui penerangan yang diberikan oleh mc pada malam itu.
P/s : Fr berminat nak join Storm Rider Storm Readers sebab Dr Irfan Khairi endorse dalam network business ni







February 10th, 2010 at 11:31 am
Macam best jer Storm Readers ni, cmner nak join?