Tadi FR tengah baca paper, Harian Metro, sambil-sambil buang masa. Tiba-tiba sampa pada part Mahkamah Syariah, terbaca satu berita sedih… tentang novelist yang terkenal Malaysi, Ahadiat Akashah. Bagi peminat novel, saper tak kenal Ahadiat Akashah. FR memang antara peminat Ahadiat Akashah terutama Lagenda Budak Setan yang satu ketika dulu. Oleh kerana dah tercebur dalam bidang pekerjaandan perniagaan. cerita tentang novel hilang dari ingatan.
HULU KLANG: Ibu kepada penulis novel, Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah mengakui di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, bahawa anaknya itu kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa berhutang dengannya.
Che Yah @ Norliah Yusuf, 72, berkata Ahadiat ada beberapa kali meminjam wang dengannya kerana mahu membayar hutang dan perbelanjaan termasuk RM2,000 ketika Aidilfitri tahun lalu dan belum dibayar sehingga kini.
“Biasalah, mana ada orang jadi kaya menerbit buku. Ahadiat bukan sihat sangat, tahun lepas paling teruk apabila dua kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia hanya mampu terbaring. Sejak muflis lama dulu, dia sudah tidak naik (tidak menulis) lagi.
“Ahadiat langsung tidak ke pejabat dan hanya tinggal di rumah. Sebelum ini dia ada bagi duit tetapi tidak menentu, ada kala banyak, sedikit dan tiada langsung. Saya dapat tahu syarikat itu mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak stabil,” katanya.
Katanya, dia tidak pernah mendengar cucunya, Aishah Ahadiat Akashah, 14, merungut mengenai duit belanja atau keperluan harian.Menjawab soalan peguam syarie, Mostadza Halimi berhubung syarikat yang ditubuhkan atas namanya sebagai pengarah, Che Yah menafikan ia disebabkan anaknya itu muflis tetapi sebaliknya kerana sayang kepada nama pengarang dan mahu mengekalkan nama itu selain mahu meletakkan namanya sebagai ibu kepada penulis.
Sementara itu, Norhayati Mohd Fauzi, 31, (isteri Ahadiat) mengakui sejak awal perkahwinan dia tahu akan menanggung segala perbelanjaan keluarga termasuk anak tirinya selepas suaminya tidak lagi mampu menulis akibat sakit dan muflis.
Menjawab soalan peguam syarie Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakili bekas isteri Ahadiat, Norhayati mendakwa selepas berkahwin dia membuka syarikat penerbitan dan menguruskannya seorang diri sehingga sekarang.
Ahadiat, 44, memohon mengubah perintah mahkamah sebelum ini menetapkan dia membayar RM300 sebulan sebagai nafkah anak perempuan berusia 13 tahun mengikut keadaan kewangan.
Ahadiat dan Shahilah Shahilah Mat Nazir berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000 di mahkamah sama. Ahadiat berkahwin dengan Norhayati pada 13 Ogos 2000 dan memperoleh tiga anak.
Pada 18 November tahun lalu, novelis itu diperintahkan mahkamah membayar nafkah anaknya RM3,900 yang tertunggak sejak Oktober 2007 hingga kini.
MOHAMMAD AMIR: Setuju saya katakan bahawa selain kasih sayang, kamu mengahwininya kerana dia penulis tersohor? NORHAYATI: Ya setuju, saya memang meminati dia sejak di bangku sekolah kerana membaca hasil karya tulisannya.MOHAMMAD AMIR: Setuju kahwin dengan dia walau tahu dia muflis sebab dia panjang akal? NORHAYATI: Ya setuju dari segi karya saja.
MOHAMMAD AMIR: Setuju dengan saya, puan menanggung seorang yang tidak ada upaya? NORHAYATI: Tidak setuju kerana dia boleh menulis.
MOHAMMAD AMIR: Tahun ini berapa buku yang dia tulis? NORHAYATI: Tidak ada, tahun lepas pun tidak ada.
MOHAMMAD AMIR: Berhubung Aishah, di mana dia tinggal? NORHAYATI: Bersama defendan tetapi apabila cuti sekolah dia akan tinggal dengan kami. Setiap hari iaitu sejak tadika sehingga sekolah menengah, saya yang ambil dan hantar dia setiap hari, selain menyediakan makan minum.
Rupa-rupanya Ahadiat Akashah dah lama jatuh muflis, tak sangka. Tapi heran jugak, Novelist yang melakarkan nama dalam Malaysia Books Of Record sebagai penulis novel terbanyak (86 buah Novel) dan mempunyai beberapa karya yang menjadi kegilaan jatuh muflis?? Kalau difikir secara rasional, beliau sepaututnya tak miskin. Rasanya pengurusan kewangannya yang tidak teratur boleh jadi faktor beliau muflis. hmmm.. entahlah.
Cuba search www.ahadiatakashah.org laman web tu dah lama ditinggalkan, kali terakhir website tu di update pada tahun 2007.
Salah satu karya Ahadiat Akashah telah diadaptasi ke Filem. Akan datang filem Lagenda Budak Setan, yang akan jadi Kasyah ialah Farid Kamil, heheh, bagi FR memang sesuai pun Farid Kamil jadi hero. Kalau ikut dari segi cerita trilogi Lagenda Budak Setan, Katerina, dan Kasyah : Lagenda Berakhir. Apapun tahniah buat Ahadiat Akashah kerana melahirkan karya agung yang menjadi kegilaaan suatu ketika dulu. FR doakan Ahadiat Akashah agar dapat kehidupan yang lebih baik kelak.
Salah satu adengan dalam filem Lagenda Budak Setan









January 23rd, 2010 at 11:49 am
aku turut simpati dgn ahadiat ni.. walaupun aku x follow novel sgt, tp aku tahu.. org keje kuat ni mcm mane kehidupan yg dieorg lalui.. aku harap die boleh bangkit semula dari semua ini..
January 27th, 2010 at 9:22 pm
mesti ada salah dlm pengurusan kewangan ni
January 28th, 2010 at 3:27 pm
Salam Motivasi…
Sungguh sedih mendengar tentag kejatuhan bangsa kita sendiri. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia kerana masyarakat akan menilai dari luaran sahaja bukan latar belakangnya begitu yg t’jadi pd penulis novel kita. Mmg kita lihat asilan karyanya t’lalu banyak diterbit tetapi disebaliknya beliau mengalami kesusahan..
Fikir-fikirlah bersyama..
Tq..
February 1st, 2010 at 2:49 pm
dulu de dgr gak ahadiat ni camni.. agaknye sebab dah tak nulis skg kot.. ke pe..?? ni yg penting manage duit nih kan.. lau x, 5juta pun leh habis..
February 2nd, 2010 at 12:40 pm
Jangan percaya cerita yang kita baca bulat-bulat.. they say a picture tells a thousand word.. so renung2kanlah.. dan selamat beramal
http://ahadiatakashah65.blogspot.com/
February 2nd, 2010 at 1:43 pm
Cukup terkejut ngn berita ni. Name Ahadiat cukup glamer dulu. Itula, moge dia tabah dan kuat untuk bangun kembali..
February 7th, 2010 at 5:06 pm
Setiap insan ada masa berada di atas ada masa berada di bawah ibarat roda…
Budak Setan : FR dah tgk blog u, are u really bro Ahadiat Akashah? kebanyakkannya gambar peribadi n gambar terkini…. tak menunjukkan Bro Ahadiat Akashah tu seorang yang tak berkemampuan…
Anyway sory kalau blog ni ada kesilapan dari segi fakta… FR menulis melalui apa yg FR lihat. Kalau boleh explain the truth lag bagus.
February 8th, 2010 at 12:20 pm
Tak sabar menanti nak tengok filem LAGENDA BUDAK SETAN ….
February 9th, 2010 at 12:42 am
i am one of his fans..i used to make research on his masterpieces..
about his personal,normal laa..kdg2 org byk x puas hati smpikan lbh suka selesaikan kt mahkamah..yg lbih menyedihkan,smpi sggup peguam 2 pertikaikan cinta hayati pd ahadiat?very hurting actually..xder prmpuan yg x terluka klu disoal begitu,tp sy fhm..2 prosiding mahkamah..
EN. FAISAL REZA : i am studying on media..i know why they did this..x semua wartawan jahat..they juz need to do their work.jgn la paksa ahadiat lagi.rasanya dia dah cukup terluka dan tertekan bila masalah bertimpa2.sy pnah saksikan kemesraan antara AISHAH AKASHAH,13 dgn AHADIAT AKASHAH..nmpknya tidak perlu dipersoalkan mengapa beliau tidak memberi nafkah kepada anak beliau..sdgkan setiap hari beliau menjaga AISHAH wlupun wjh anak itu menyerupai bekas isteri..klu sy,sy akn terluka mengingatkn kenangan lama.tp tnyata beliau sgt tabah hadapi semua nie.setiap org ada masalah yg tersndiri.mengapa kita tidak pilih utk musyawarah atau berbincang dgn berhemah?
sy wakil kpd ahli kmpulan kami drpd uitm melaka sgt2 sedih ats tuduhan yg semakin tidak berasas dilemparkan oleh sesetengah org..
berilah beliau ruang utk bangkit semula..
kpd EN. AHADIAT : jgn jadikan kata2 mereka yg tidak fhm pnderitaan encik melemahkan semangat encik utk berkarya semula..
en. reza, maaf atas sgl kesilapan dr pihak sy.terima kasih atas keprihatinan encin..salam..
February 13th, 2010 at 4:03 pm
Hazman : FR pun mmg tak sabar nak tgk filem tu, ingat nak jadi org 1st masuk panggung… :LOL:
Intan Bairuha : thanks for the comment, FR memang fan Ahadiat Akashah…. memang bersimpati pada bro Ahadiat… so sama-sama la kita doakan kebahagian Bro Ahadiat bersama k