Archive for January, 2010


 Powered by Max Banner Ads 

Oh Ahadiat Akashah

Tadi FR tengah baca paper, Harian Metro, sambil-sambil buang masa. Tiba-tiba sampa pada part Mahkamah Syariah, terbaca satu berita sedih… tentang novelist yang terkenal Malaysi, Ahadiat Akashah. Bagi peminat novel, saper tak kenal Ahadiat Akashah. FR memang antara peminat Ahadiat Akashah terutama Lagenda Budak Setan yang satu ketika dulu. Oleh kerana dah tercebur dalam bidang pekerjaandan perniagaan. cerita tentang novel hilang dari ingatan.

Harian Metro

HULU KLANG: Ibu kepada penulis novel, Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah mengakui di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, bahawa anaknya itu kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa berhutang dengannya.

Che Yah @ Norliah Yusuf, 72, berkata Ahadiat ada beberapa kali meminjam wang dengannya kerana mahu membayar hutang dan perbelanjaan termasuk RM2,000 ketika Aidilfitri tahun lalu dan belum dibayar sehingga kini.


“Biasalah, mana ada orang jadi kaya menerbit buku. Ahadiat bukan sihat sangat, tahun lepas paling teruk apabila dua kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia hanya mampu terbaring. Sejak muflis lama dulu, dia sudah tidak naik (tidak menulis) lagi.


“Ahadiat langsung tidak ke pejabat dan hanya tinggal di rumah. Sebelum ini dia ada bagi duit tetapi tidak menentu, ada kala banyak, sedikit dan tiada langsung. Saya dapat tahu syarikat itu mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak stabil,” katanya.


Katanya, dia tidak pernah mendengar cucunya, Aishah Ahadiat Akashah, 14, merungut mengenai duit belanja atau keperluan harian.

Menjawab soalan peguam syarie, Mostadza Halimi berhubung syarikat yang ditubuhkan atas namanya sebagai pengarah, Che Yah menafikan ia disebabkan anaknya itu muflis tetapi sebaliknya kerana sayang kepada nama pengarang dan mahu mengekalkan nama itu selain mahu meletakkan namanya sebagai ibu kepada penulis.


Sementara itu, Norhayati Mohd Fauzi, 31, (isteri Ahadiat) mengakui sejak awal perkahwinan dia tahu akan menanggung segala perbelanjaan keluarga termasuk anak tirinya selepas suaminya tidak lagi mampu menulis akibat sakit dan muflis.


Menjawab soalan peguam syarie Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakili bekas isteri Ahadiat, Norhayati mendakwa selepas berkahwin dia membuka syarikat penerbitan dan menguruskannya seorang diri sehingga sekarang.


Ahadiat, 44, memohon mengubah perintah mahkamah sebelum ini menetapkan dia membayar RM300 sebulan sebagai nafkah anak perempuan berusia 13 tahun mengikut keadaan kewangan.


Ahadiat dan Shahilah Shahilah Mat Nazir berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000 di mahkamah sama. Ahadiat berkahwin dengan Norhayati pada 13 Ogos 2000 dan memperoleh tiga anak.


Pada 18 November tahun lalu, novelis itu diperintahkan mahkamah membayar nafkah anaknya RM3,900 yang tertunggak sejak Oktober 2007 hingga kini.


MOHAMMAD AMIR: Setuju saya katakan bahawa selain kasih sayang, kamu mengahwininya kerana dia penulis tersohor? NORHAYATI: Ya setuju, saya memang meminati dia sejak di bangku sekolah kerana membaca hasil karya tulisannya.

MOHAMMAD AMIR: Setuju kahwin dengan dia walau tahu dia muflis sebab dia panjang akal? NORHAYATI: Ya setuju dari segi karya saja.


MOHAMMAD AMIR: Setuju dengan saya, puan menanggung seorang yang tidak ada upaya? NORHAYATI: Tidak setuju kerana dia boleh menulis.


MOHAMMAD AMIR: Tahun ini berapa buku yang dia tulis? NORHAYATI: Tidak ada, tahun lepas pun tidak ada.


MOHAMMAD AMIR: Berhubung Aishah, di mana dia tinggal? NORHAYATI: Bersama defendan tetapi apabila cuti sekolah dia akan tinggal dengan kami. Setiap hari iaitu sejak tadika sehingga sekolah menengah, saya yang ambil dan hantar dia setiap hari, selain menyediakan makan minum.

lagenda budak setan

Rupa-rupanya Ahadiat Akashah dah lama jatuh muflis, tak sangka. Tapi heran jugak, Novelist yang melakarkan nama dalam Malaysia Books Of Record sebagai penulis novel terbanyak (86 buah Novel) dan mempunyai beberapa karya yang menjadi kegilaan jatuh muflis?? Kalau difikir secara rasional, beliau sepaututnya tak miskin. Rasanya pengurusan kewangannya yang tidak teratur boleh jadi faktor beliau muflis. hmmm.. entahlah.

Cuba search www.ahadiatakashah.org laman web tu dah lama ditinggalkan, kali terakhir website tu di update pada tahun 2007.

Salah satu karya Ahadiat Akashah telah diadaptasi ke Filem. Akan datang filem Lagenda Budak Setan, yang akan jadi Kasyah ialah Farid Kamil, heheh, bagi FR memang sesuai pun Farid Kamil jadi hero. Kalau ikut dari segi cerita trilogi Lagenda Budak Setan, Katerina, dan Kasyah : Lagenda Berakhir. Apapun tahniah buat Ahadiat Akashah kerana melahirkan karya agung yang menjadi kegilaaan suatu ketika dulu. FR doakan  Ahadiat Akashah agar dapat kehidupan yang lebih baik kelak.

Salah satu adengan dalam filem Lagenda Budak Setan




  • Share/Bookmark

Storm Readers Review

Storm Readers Logo

Salam, malam tadi FR pergi preview Storm Readers (bukan Storm Rider tau) melalui email dari Dr Irfan Khairi. Memang agak menarik kerana belum-belum pernah Dr Irfan Khairi join mana-mana business networking atau Multi Level Marketing. MLM??? Yup… Storm Readers ni merupakan MLM baru. Apa yang menariknya Storm Readers ni sebuah MLM yang 100% berteraskan Syariah Compliant. Ahli Panel penasihat Syariah ialah ustaz Zahazan dan ustaz Zaharuddin wahhh… kalau dah 2 orang panel penyemak dah tentu marketing plan untuk MLM ni dipantau dengan teliti.

Produk untuk Storm Readers ialah….. buku… yup.. buku-buku keluaran Telaga Biru. Dr Irfan merupakan antara penulis-penulis buku-buku Telaga Biru. Antaranya Nota Jutawan Nota Motivasi dan Nota Jutawan Nota Perniagaan. So far, FR dah baca dah buku ni n khatam beberapa kali, buku ni memang best. sebab orang nya pun best.

Telaga Biru memang tak asing lagi (kalau korang minat baca buku, kalau x minat mmg taktau). Penulis-penulisnya memang hebat-hebat belaka antaranya Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ismail Kamus, Ustaz Zaharuddin, Ustazah Bahyah Professor Izzi (renung-renungkan dan selamat beramal ;))dan lain-lain termasuk Dr Irfan Khairi sendiri..

Buku-buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru adalah berbentuk buku keagamaan, hadis-hadis,  kesihatan, motivasi dan sebagai. Jadi produk berteraskan ilmu, menggalakkan budaya membaca kalangan masyarakat 1Malaysia hohohoho. Anyway banyak buku2 Telaga Biru yang FR dah ada.

So far malam tadi memang ramai yang datang kat pejabat 7 Layer Training n Consultancy, Gombak. Tempat agak sempit mayb sebab time aku datang ramai orang. sampai ada yang berdiri termasuk la FR. Terserempak jugak la beberapa orang yang FR kenal… heheh kaki bisnes… biasa la.

Bagi pendapat FR, Storm Readers adalah MLM yang terbaik bagi yang berminat untuk menjana pendapat melalui networking business kerana :-

  1. Produk adalah buku-buku ilmiah. So far tak pernah ada MLM ada produk buku ilmiah (mengikut apa yang FR tau… kalau dah pernah ada, FR mintak maaf kayy…)
  2. Penulis-penulis yang hebat dan disegani. Penulis-penulis dari Telaga Biru seperti Ustaz Zaharuddin, Dr Fadzillah Kamsah, Dato Ismail Kamus, Dr Irfan Khairi, Ustazah Bahyah, Professor Izzi dan lain-lain
  3. 100% Syariah Compliant. Panel penasihat adalah Ustaz Zahazan dan Ustaz Zaharuddin.
  4. Perniagaan ini boleh dibuat secara online. Yup kerana pendaftaran dan pembelian buku boleh dibuat secara online melalui e-store.
  5. Leader-leader yang hebat. Penulis-penulis buku itu sendiri turut menyertai system networking itu sendiri seperti Dr Irfan Khairi dan Dato Ismail Kamus. (melalui penerangan yang diberikan oleh mc pada malam itu.

P/s : Fr berminat nak join Storm Rider Storm Readers sebab Dr Irfan Khairi endorse dalam network business ni ;-)

  • Share/Bookmark

Rentetan Seminggu di Tahun Baru 2010

Salam, dah seminggu rupanya Tahun Baru 2010 menjelma, hari ni 10 Januari 2009 2010. Seminggu berlalu bagaikan langsung tak dirasai. Dah masuk hari ke-10 tahun baru baru nak teringat update Blog ni. huhuhu. Anyway rasanya tak terlewat untuk FR ucapkan Selamat Tahun Baru tahun 2010. Slogan FR sempena tahun baru hari tu “Tahun Baru, Hari Baru, Semangat Baru”. Memang bersemangat FR sambut tahun baru 2010. 10 hari sebelum 2010 dah listkan azam-azam baru termasuk azam-azam tahun 2009. Secara ironinya tahun 2009, lebih 60% azam dan matlamat tak tercapai…. sedihnya. Jadi tahun ni masa untuk berubah.

Malam Tahun Baru

Malam tahun baru tak kalau ikut perancangan takdelah nak kemana-mana, jauh sekali nak sambut tahun baru kat KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang mahupun tempat-tempat sewaktu dengannya. Duk rumah lagi best apa. Tepat jam 10.30 tiba-tiba ada orang call. Oooo… member kampung FR telefon ajak naik ke Bukit Langat @ Bukit Ampang. (Bukit  yang boleh nampak view 1 KL. Bukit tu atas bukit area rumah FR. Penduduk tempatan panggil Bukit Langat berbanding Bukit Ampang). So, fikir-fikir, takpelah, why not, naik Bukit Langat sambut Tahun Baru.

11.30 dah naik, seperti yang dijangka, kat atas tu memang sesak. Seperti tahun-tahun lepas jugak, tak kira Merdeka ke Tahun baru ke. Memang pack sampai kereta tak boleh lalu. Last FR sambut Merdeka @ New Year kat atas ni ialah Merdeka tahun 2008. pastu dah malas nak naik. duduk rumah diam-diam lagi best :D.

Chan dan Amirul

Dua orang yang berjaya mengheret FR ke Bukit Langat @ Ampang, Amirul dan Chan

Malam Tahun Baru di Bukit Ampang

Bukit Langat yang sesak dan dan kelihatan bunga api di Kuala Lumpur.

Sepanjang Minggu di Tahun Baru 2010

Permulaan Tahun Baru agak baik bagi FR, coz hari pertama jer dah dapat projek baru untuk Arredza Enterprise. So, alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik. Kemudian kerja di ofis seperti biasa. dan beberapa hari lepas sesuatu telah berlaku. Berlaku salah faham dengan customer. Alamak, tak best betul. Baru nak berazam tahun ni nak beri yang terbaik. Takpelah, masa masih panjang kan. Anyway, FR cuba baiki apa yang kurang.

Blog FaisalReza (dot) com

Bila check-check, sibuk punya pasal, tak sempat nak update Blog ni, fuhhh.. so semalam FR sehari suntuk tukar themes baru untuk FaisalReza (dot) com. So far, kali ni punya Blog Themes dah siap. setelah edit/design header, footer, css style (first time ‘ter’rajin nak main css.style), dan update beberapa plugins… maka… jeng3x.

FR new Page

Page baru FaisalReza (dot) com

Maka siaplah page baru, Faisalreza (dot) com. hehehe. Sempena Tahun 2010. 2009 dulu dah banyak kali tukar themes dan memnerima banyak komplen komen yang membina. Anyway, Selamat Tahun Baru 2010 k. Esok dah Hari Isnin, so jangan stress-stress hari Isnin.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes