Diari lelaki vs diari wanita

Salammm…. Pernah dengar tak buku yang bertajuk “Men Are From Mars, Women Are From Venus” karya John Gray diterbitkan pada tahun 1992.  Ermmm tajuk macam pernah dengar tapi penulisnya tak pernah dengar plak. :-)). Anyway apa yg diceritakan dalam buku itu adalah tentang lelaki dan wanita ada berbeza. Jadi kali ni saya nak menggambarkan perbezaan lelaki dan wanita melalui diari mereka. Saya ambil kisah dari sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta.

Men are from mars women are from venus

BUKU CATATAN DIARI SEORANG AWEK

Hari Minggu - Sehari sebelum kami berjumpa di Suria KLCC , aku sms dia, dia tidak berkelakuan begini.  Petang tadi aku keluar dengan dia.  Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal kerana aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah – dia jawab, “Tak ada”.

Aku bertanya adakah kesalahanku yang membuat dia kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan “Saya sayang awk”, dia cuma tersenyum tipis dan terus membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Sayang awk juga”.

Dia menghantar aku ke rumah. Sesampainya dirumah, tanpa sepatah kata dia berlalu pergi. Aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Aku duduk dan menonton depan TV tapi otakku masih memikirkan kelakuan aneh dia itu. Aku cuba sms dia, tapi tak berbalas.

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Di dalam kamar. Air mataku mula mengalir sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..

.

.

.

BUKU CATATAN DIARI SEORANG PAKWE

Hari Minggu - Celaka Man United kalahhhhhhhh……………..

  • Share/Bookmark