Archive for December, 2009


 Powered by Max Banner Ads 

Lionel Messi memenangi FIFA World Player 2009.

Pagi tadi pukul 3.00 pagi (waktu Malaysia) telah berlangsung FIFA World Player Gala 2009 iaitu suatu Gala Penganugerahan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009. Jika tahun lepas anugerah ini dimahkotakan kepada Cristiano Ronaldo tetapi pada tahun ini, anugerah ini beralih kepada Penyerang Argentina Lionel Messi yang mewakili kelab Bolasepak Sepanyol, Barcelona.

Kemenangan ini telah dijangka kerana Lionel Messi telah membantu Barcelona memenangi 6 kejuaraan pada musim lepas termasuk La Liga Sepanyol, Piala Sepanyol, dan Liga Juara-Juara Eropah.

FIFA World Player 2009 (Men)

Lionel Messi (Argentina, Barcelona)

Lionel-Messi World Player 2009

FIFA World Player 2009 (Women)

Marta (Brazil)

Marta FIFA Women World Player 2009

FIFA Puskas Award 2009

Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)

*award untuk gol tercantik

FIFA FIFPro World Player XI Award

Goal Keeper :

Iker Casilas (Spain, Real Madrid)

Defender :

John Terry (England,Chelsea)

Nemanja Vidic (Serbia, Man Utd)

Patrice Evra (France, Man Utd)

Dani Alves (Brazil, Barcelona)

Midfielder :

Steven Gerarrd (England, Liverpool)

Xavi Hernandez (Spain, Barcelona)

Andres Iniesta (Spain, Barcelona)

Striker :

Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)

Fernando Torres (Spain, Liverpool)

Lionel Messi (Argentina, Barcelona)

FIFPro World XI

  • Share/Bookmark

Twitter Kena Hack

Tak sangka Twitter jenama web Social terkenal di Dunia boleh kena hack. Semua ni terjadi beberapa hari lepas…

pic4

Dan di bawah adalah perkataan yang tertera di muka bawah :-

U.S.A  Think They Controlling  And Managing Internet By There Accsess , But They Dont, We Control And Manage Internet By Our Power , So Do Not Try to Stimulation  Iranian Peoples  To

……..

NOW WHICH CONTRY IN EMBARGO LIST? IRAN?USA?

WE PUSH THEM IN EMBARGO LIST ;)

Take Care

Di bawah adalah video Youtube menunjukkan Twitter kena hack :-

  • Share/Bookmark

Preview Percuma : Konvensyen DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN

Salam.
Minggu lepas saya dah ceritakan Preview khas Percuma DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN. dannnn… sambutan amat-amat menggalakkan. Untuk pengetahuan anda, tiket tempat duduk untuk VIP telah habis dijual. (pssstt… tempat duduk VIP anda berpeluang beramah mesra dan makan bersama-sama para Jutawan-Jutawan)

Pada hari tersebut juga berlangsungnya suprise Birthday Party untuk Dr Irfan Khairi. Jika anda terlepas membaca boleh klik sini untuk laporan tersebut.


Jadi, sempena menjelang tahun 2010, Peoplepreneur Community sekali lagi akan mengadakan Preview Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan PERCUMA. Jadi tahun 2009 akan berakhir tak lama lagi. Jadi mesti ramai dah siap sedia untuk azam tahun 2010. Jika anda rasa KEKAYAAN atau BEBAS KEWANGAN adalah azam anda,  sila baca statistik di bawah :-

74%           -   pemilik perniagaan
10%           -   golongan eksekutif senior
10%           -   professional
5%             -   jurujual berkomisyen
1%              -   lain-lain sumber

Jadi rasa-rasanya yang mana satu pilihan anda? Fikir-fikirkan dan jika anda buat keputusan sila isikan ruang kosong ini _______________ dengan pen marker di skrin komputer anda (hehehe… maaf bergurau sahaja).

Jadi kepada mereka yang memilih KEKAYAAN dan BEBAS KEWANGAN sebagai azam tahun baru anda… BAGUUSS… kerana kami telah menyediakan platform di mana para-para Jutawan akan berkongsi ilmu tentang bagaimana mereka boleh menjadi jutawan dalam bidang masing-masing. Pada ESOK hari kami akan menampilkan seorang Jutawan Internet Muda yang mencapai Jutawan pada umur 25 melalui perniagaan internet iaitu Dr Irfan Khairi sebagai speaker pada sessi Seminar PERCUMA Dari Kosong Sampai Jutawan.

PREVIEW “DARI KOSONG SAMPAI  JUTAWAN”

Tarikh: 22 Disember 2009 (SELASA)

Masa: 8.00 mlm – 11.00 mlm

Tempat: Cititiel Hotel Tingkat 5

Speaker jemputan: Irfan Khairi (Tajuk: Strategi Perniagaan Internet)

Sila berikan sms <nama>, <nom untuk dihubungi> dan <email ID> ke 017-6536529 atau telefon di 03-22871829 (pej).

Oh ya sebelum saya terlupa, sesiapa yang datang malam esok akan dapat 2 hadiah PERCUMA :-

  1. Anda berpeluang untuk menjalani  “UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN (UPU)” secara PERCUMA  sebagai pra-penilaian mengenai kecenderungan keupayaan keusahawanan pada diri anda.  Hanya diberikan kepada mereka yang hadir pada taklimat ini sahaja.
  2. Buku perniagaan percuma  berharga RM25

*Sekiranya anda pernah menghadiri taklimat Peoplepreneur Business School di Midvalley sebelum ini, preview Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan adalah berbeza. Oleh itu, anda juga dijemput untuk hadir untuk preview “Dari Kosong Sampai Jutawan”.

5 orang jutawan

Oh ya jika anda masih lagi tertanya-tanya program apakah ini? Sebenarnya Dari Kosong Sampai Jutawan adalah suatu Konvensyen hasil inspirasi dari e-book Dr Irfan Khairi iaitu e-book MENTOR JUTAWAN di mana e-book ini memuatkan transkrisi penuh temubual Dr. Irfan Khari bersama beberapa orang Mentor dan Ikon Jutawan di Malaysia. Jadi untuk maklumat lanjut anda boleh KLIK SINI.

banner 2

e-book Mentor Jutawan


p/s : saya dah lama memiliki e-book ini, dan suatu hari nanti berimpian menjadi seperti mereka, tak sangka mereka akan berkumpul di bawah satu bumbung dalam Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan. Tak sabar nak pergi.

  • Share/Bookmark

Diari Seorang Awek vs Diari Seorang Pakwe

Diari lelaki vs diari wanita

Salammm…. Pernah dengar tak buku yang bertajuk “Men Are From Mars, Women Are From Venus” karya John Gray diterbitkan pada tahun 1992.  Ermmm tajuk macam pernah dengar tapi penulisnya tak pernah dengar plak. :-)). Anyway apa yg diceritakan dalam buku itu adalah tentang lelaki dan wanita ada berbeza. Jadi kali ni saya nak menggambarkan perbezaan lelaki dan wanita melalui diari mereka. Saya ambil kisah dari sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta.

Men are from mars women are from venus

BUKU CATATAN DIARI SEORANG AWEK

Hari Minggu - Sehari sebelum kami berjumpa di Suria KLCC , aku sms dia, dia tidak berkelakuan begini.  Petang tadi aku keluar dengan dia.  Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal kerana aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah – dia jawab, “Tak ada”.

Aku bertanya adakah kesalahanku yang membuat dia kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan “Saya sayang awk”, dia cuma tersenyum tipis dan terus membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Sayang awk juga”.

Dia menghantar aku ke rumah. Sesampainya dirumah, tanpa sepatah kata dia berlalu pergi. Aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Aku duduk dan menonton depan TV tapi otakku masih memikirkan kelakuan aneh dia itu. Aku cuba sms dia, tapi tak berbalas.

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Di dalam kamar. Air mataku mula mengalir sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..

.

.

.

BUKU CATATAN DIARI SEORANG PAKWE

Hari Minggu - Celaka Man United kalahhhhhhhh……………..

  • Share/Bookmark

Tahniah Malaysia Memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA Vientiane, Laos 2009

Tahniah kepada pasukan Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 1-0 sekaligus menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA. Malaysia yang hadir sebagai pasukan Underdog tidak diberi harapan untuk memenangi sebarang pingat untuk kejohanan ini berjaya membuktikan bahawa Malaysia masih lagi kuasa besar bolasepak di Asia Tenggara.

tahniah Malaysia

Malaysia vs Vietnam2

Antara aksi-aksi Malaysi malam tadi menentanG Vietnam.

P/s : Ramai orang cakap kalau tak beri harapan menggunung baru Malaysia boleh menang, berbanding kita beri harapan gila-gila separuh akhir pun x capai.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes