Akhirnya saat-saat manis buat PBS 2 telah berakhirnya dengan jayanya….  Tahniah diucapkan kepada semua Graduation PBS 2 yang telah menerima lencana rasmi Peoplepreneur Business School. Anyway Program malam tadi berjalan lancar. Seramai 29 orang ahli PBS 2 dapat lencana Keahlian PBS. So, lepas ni dah dapat lencana simpan elok2, kekalkan semangat Antusias tu k.

Malam tadi turut dijemput media, seperti Kosmo, Sinar Harian, dan Astro Awani. Bermula dengan Preview Keusahawan Peoplepreneur Percuma yang disampaikan oleh 3 orang speaker jutawan Dr. Irfan Khari, Dr Azman Ching dan Abang Abu Jutawan dari Singapura (sebenarnya orang JB hehehehe) tajuk malam tadi memang sangat menarik “Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan”….  so macam2 tips yang dikongsikan oleh Dr. IK pada malam tadi. Secara overall :-

1) Dr. IK : menceritakan tentang tips2 dan cara-cara untuk bersaing. Malam td saya sempat bertanyakan pada Dr. IK tentang strategi meramaikan Komuniti Peoplepreneur melalui online.

2) Abang Abu : Mendedahkan tips2 kewangan dan Simpanan Challenge. Sempat berborak ngan Abang Abu, dia baru balik dari Astro Awani untuk special Interview bersama anaknya. Malam tu jugak abang Abu bertolak balik ke Singapore.

3) Dr Azman Ching : malam tadi segak berkot perang cair… :-) membuka minda audiens  Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan. Then biasa la, bila Dr Azman Ching bercakap… sangat-sangat bersemangat, sangat-sangat hebat.

Itu semua acara berlangsung di dalam Ballroom,

Di luar Ballroom pulak, jeng jeng jeng… sangat meriah dengan para2 Graduasi seramai 29 orang, ada yang bawak keluarga sekali.  So kat luar sangat meriah, masing-masing bertukar pendapat dan idea-idea bisnes, sesekali member PBS bersorak trademark PBSSS… GOOO!!!! sangat-sangat luar biasa.

Then sampai masa PBS 2 menerima lencana Rasmi, kami dah plan satu kejutan, iaitu Ikon Peoplepreneur iaitu Dolphine masuk ke dalam ballroom untuk memberikan hadiah penghargaan iaitu berupa frame yang ditandatangani oleh semua PBS 2… so mmg kezutan untuk Dr Azman Ching… (kami semua dah tau dah hehehe)

Malam tadi Astro Awani datang sempat meng‘interview’ Mr Allen Lee, Founder Peoplepreneur, Dr. Azman Ching, dan adik bongsu Peoplepreneur iaitu Fathuallah (adik ke??)

Secara kesimpulannya. malam tadi memang happening, siapa yang yang tak happening memang pening la, nak buat macam mana… Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua PBS member…

p/s : lepas Graduation ada sesi meeting kedai kopi, hehehe ada kat kedai mamak Esfahan Midvalley, ada kat Nilai, ada kat Bangi.. betul-betul semua ‘berantu’ tapi bukan hantu jembalang… tapi ANTUSIAS>>> :-)

  • Share/Bookmark