Archive for November, 2009


 Powered by Max Banner Ads 

Peoplepreneur Biz School Graduation malam tadi 18 Nov 2009

Akhirnya saat-saat manis buat PBS 2 telah berakhirnya dengan jayanya….  Tahniah diucapkan kepada semua Graduation PBS 2 yang telah menerima lencana rasmi Peoplepreneur Business School. Anyway Program malam tadi berjalan lancar. Seramai 29 orang ahli PBS 2 dapat lencana Keahlian PBS. So, lepas ni dah dapat lencana simpan elok2, kekalkan semangat Antusias tu k.

Malam tadi turut dijemput media, seperti Kosmo, Sinar Harian, dan Astro Awani. Bermula dengan Preview Keusahawan Peoplepreneur Percuma yang disampaikan oleh 3 orang speaker jutawan Dr. Irfan Khari, Dr Azman Ching dan Abang Abu Jutawan dari Singapura (sebenarnya orang JB hehehehe) tajuk malam tadi memang sangat menarik “Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan”….  so macam2 tips yang dikongsikan oleh Dr. IK pada malam tadi. Secara overall :-

1) Dr. IK : menceritakan tentang tips2 dan cara-cara untuk bersaing. Malam td saya sempat bertanyakan pada Dr. IK tentang strategi meramaikan Komuniti Peoplepreneur melalui online.

2) Abang Abu : Mendedahkan tips2 kewangan dan Simpanan Challenge. Sempat berborak ngan Abang Abu, dia baru balik dari Astro Awani untuk special Interview bersama anaknya. Malam tu jugak abang Abu bertolak balik ke Singapore.

3) Dr Azman Ching : malam tadi segak berkot perang cair… :-) membuka minda audiens  Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan. Then biasa la, bila Dr Azman Ching bercakap… sangat-sangat bersemangat, sangat-sangat hebat.

Itu semua acara berlangsung di dalam Ballroom,

Di luar Ballroom pulak, jeng jeng jeng… sangat meriah dengan para2 Graduasi seramai 29 orang, ada yang bawak keluarga sekali.  So kat luar sangat meriah, masing-masing bertukar pendapat dan idea-idea bisnes, sesekali member PBS bersorak trademark PBSSS… GOOO!!!! sangat-sangat luar biasa.

Then sampai masa PBS 2 menerima lencana Rasmi, kami dah plan satu kejutan, iaitu Ikon Peoplepreneur iaitu Dolphine masuk ke dalam ballroom untuk memberikan hadiah penghargaan iaitu berupa frame yang ditandatangani oleh semua PBS 2… so mmg kezutan untuk Dr Azman Ching… (kami semua dah tau dah hehehe)

Malam tadi Astro Awani datang sempat meng‘interview’ Mr Allen Lee, Founder Peoplepreneur, Dr. Azman Ching, dan adik bongsu Peoplepreneur iaitu Fathuallah (adik ke??)

Secara kesimpulannya. malam tadi memang happening, siapa yang yang tak happening memang pening la, nak buat macam mana… Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua PBS member…

p/s : lepas Graduation ada sesi meeting kedai kopi, hehehe ada kat kedai mamak Esfahan Midvalley, ada kat Nilai, ada kat Bangi.. betul-betul semua ‘berantu’ tapi bukan hantu jembalang… tapi ANTUSIAS>>> :-)

  • Share/Bookmark

Because you are ‘SUPER’man…..

Saya hari ni datang bekerja di office seperti biasa, tetapi hari ini merupakan hari yang sangat-sangat special bagi saya (wahh… special ker keh3x) . Sempena hari Rabu yang indah ini, saya ingin buat satu post yang istimewa khas buat adik-beradik Peoplepreneur Business School (PBS) yang akan berGraduasi pada malam ni. :-D.

Setelah tamat Boot Camp 6-8 November 2009 lalu, seperti ada satu semangat dan kekuatan dalam diri saya. Kali ni saya dapat ramai adik-beradik baru dalam PBS. Semuanya bersemngat ANTUSIAS… senang citer diorang ni dah berhantu-hantu nak buat bisnes… Anyway thanks to our Sifoo, Dr Azman Ching yang banyak beri tunjuk ajar. tak lupa pada Mr Allen Lee dan En. Jefri

So bagi memanaskan lagi kehangatan Malam Graduasi malam ni, saya akan post beberapa gambar special untuk u all….

Saya dedikasikan gambar atas ni sebagai ‘SUPER’man, hehehe… bukan sebab diorang ni terbang macam Superman (walaupun ada la sikit)… tapi atas sebab semangat ANTUSIAS yang luar biasa hebat… membuatkan u all semua adalah ‘SUPER’man… anyway thanks to all the PBS 2, secara tak langsung, semangat ANTUSIAS saya kembali membuak-buak… :-) Kepada semua PBS 2 yang Graduate malam ni, TAHNIAH untuk semua… PBS 1 n PBS 2 adalah sekeluarga..

Oh ye, malam ni juga adalah malam Seminar Keusahawanan PERCUMA
Mentor Jutawan, Dato Dr Azman Ching, Abang Abu & Irfan Khairi

Tajuk malam ni adalah

“Mengapa Ramai Usahawan GAGAL Menjadi JUTAWAN!? “

Speaker : Irfan Khairi, Dato Dr Azman Ching & Abang Abu
Tarikh : Rabu, 18hb November 2009
Waktu … : 8.00mlm – 11.00mlm
Tempat : Cititel Hotel, Midvalley
Masuk : PERCUMA

malam ini juga diselingi dengan Malam Graduasi Peoplepreneur Biz School Batch 2 dan malam ini juga terdapat KEJUTANNNNN!!!!!!… nak tau apa kejutan tu? TUNGGUUUU!!!!! (macam Melodi pulak dah heheh..)

  • Share/Bookmark

Iklan Silky White Dafi n Sharifah Amani

Tadi masa tengah duduk buat kerja kat office. Sambil-sambil tengok TV. Tiba-tiba Iklan pulak… keluar la 1 iklan yang menarik minat saya. Saya dan kawan-kawan office yang lain pun sama-sama gelak tengok iklan. actually Iklan ni dah lama keluar. Cuma kali ni baru tengok balik. So far Iklan ni boleh tahan lawak jugak. So habis je iklan tu saya cepat-cepat search kat Youtube… ada rupanya. so apa lagi… layannn…

antara ayat-ayat dan babak-babak buat saya tergelak
1) “hey… cantik neck….lace” —>>> ntah apa yang si Dafi tu tenung agaknya…
2) babak killer dalam iklan ni… Dafi terpaku melihat keindahan Mak kepada Sharifah Amani, diselingi oleh lagu romantika… tiba-tiba si Dafi terbagi bunga kat Mak Syarifah Amani… time ni memang terkekek2 la ketawa. Pastu si Dafi menggelabah bila Amani merajuk.

3) Babak Dafi memujuk “mak saya cakap kalau nak tengok rupa isteri kita bila tua, tengok mak dia… bila saya tengok mak awak tadi senang hati saya” keh3x…

4) Last part, dalam sibuk-sibuk memujuk sempat pula,k si Dafi menjeling kat Mak dia… tiba-tiba ternampak pulak bapak dia kat belakang tengah main radio piring hitam lama (yang corong besar tuh).

So far Iklan ni memang kreatif. Rupa-rupanya adalah arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes