Archive for August, 2009


 Powered by Max Banner Ads 

Tribute to Ustaz Asri (Rabbani) – Pergi Tak Kembali

Reviews kali ini adalah khas sempena pemergian pendakwah nasyid tersohor negara iatu Ustaz Asri Ibrahim.  Siapa yang tak pernah dengar lagu Pergi Tak Kembali, nasyid kontemporari nyanyian kumpulan nasyid yang tersohor , Rabbani dan siapa yang tak kenal Ustaz Asri vokalis Rabbani yang mempunyai suara yang merdu tu kan?. Kumpulan nasyid yang memenangi  telah memenangi anugerah Kumpulan Nasyid Paling Popular Berita Harian ini telah adalah antara pembawa pembaharuan dalam industri nayid tanah air.

Lagu Pergi Tak Kembali adalah lagu dakwah yang mengingatkan kita tentang kematian. Kematian pasti hadir dalam setiap makhluk di muka bumi. Lagu ini semestinya member kesan yang mendalam kepada sesiapa yang mengenali  Ustaz Asri. Ustaz Asri telah ‘pergi tak kembali’ dahulu sebelum kita.  Semoga korang dapat menghayati.

Pergi Tak Kembali adalah sebuah nasyid era baru yang membawa konsep world music.  Ketika Raihan masih mengekalkan konsep lama dalam industri nasyid, Rabbani telah mengorakkan langkah menggunakan khidmat adik-beradik KRU untuk membawa era baru dalam nasyid selaras dengan keinginan remaja sekarang.  Nasyid ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah menarik minat generasi baru untuk minat kepada nasyid. Senang cerita ini adalah method baru untuk berdakwah. Walaupun suatu ketika dulu pernah menjadi isu ‘Rabbani tidak islamik’ (isu pelajar-pelajar sekolah agama) kerana menggunakan khidmat composer  seperti KRU untuk menggubah lagu tersebut.  Tetapi saya percaya, niat untuk berdakwah melalui nasyid oleh kumpulan tetap tidak berubah.

  • Share/Bookmark

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia

Ustaz Asri Rabbani

Berita yang amat mengejutkan, sejak-sejak akhir ini kita selalu dengar anak seni popular meninggal dunia. Kali ini kita dikejutkan lagi  atas pemergian seorang pendakwah seni yang  hebat iaitu Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40. Beliau disahkan meninggal dunia  kira-kira pukul 11.00 pagi tadi akibat serangan jantung.

Menurut sahabat-sahabatnya, ketika itu, pendakwah seni yang popular dengan nasyid ‘Pergi Tak Kembali’ dan ‘Intifada’ dikhabarkan sedang memberikan ucapan ketika sidang media Program ‘Syahadah’ di RTM, Angkasapuri, jatuh pengsan kira-kira pukul 10.00. pagi. Beliau dikejarkan ke HospitalPantai, Bangsar sejurus selepas itu dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ustaz Asri meninggalkan seorang balu, Haliza, 38, dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Sedekah Al-Fatihah kepada Ustaz Asri Ibrahim. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah kepada ahli keluarga beliau.

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes