manutd vs malaysia2

Semalam telah berlangsung perlawanan pertama jelajah Asia Tour 2009, Manchester United lwn Malaysia XI. Perlawanan agak menarik. Diawal babak Man Utd seolah-olah akan mengulangi kemenangan 6-0 ketika kunjungan Man Utd dahulu, dengan mendahului 2-0 pada 20 minit pertama melalui Wayne Rooney dan Luis Nani.  Cuaca panas di Malaysia memungkinkan pemain Man Utd bermain kurang baik di samping faktor-faktor bermain di waktu petang memberi kelebihan kepada pasukan Malaysia. Sebelum wisel penamat dibunyikan Amri Yahyah menghukum van der Sar yang agak terkehadapan dari pintu gol dengan melakukan volley ke arah pintu gol yang terbuka luas.

Babak Kedua menyaksikan pertukaran van der Sar dengan Ben Foster sebagai penjaga gol. Sekali lagi Amri Yahyah menghukum kealpaan penjaga gol Man Utd, dengan tidak mensia-siakan peluang merembat masuk bola yang gagal ditahan kemas oleh Ben Foster. Dengan harapan Malaysia seri dalam perlawanan ini akhirnya Michael Owen menjaringkan gol kemenangan Man Utd. Apapun tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana memberi tentangan hebat kepada Juara Dunia 2008 itu.
michael owen goal vs malaysia2

Pasukan Malaysia akan kembali menentang Malaysia pada hari Isnin 8.45 malam berikutan kejadian letupan di Hotel J.W Mariot, Jakarta, Indonesia. Kali ini berjayakah pasukan Harimau Malaya mengekang asakan dari Eropah itu, tungguuu….

  • Share/Bookmark