12 Perkara Saya Belajar Melalui Strategi Wang Live

Strategi Wang LIVE kepala post

Alhamdulillah, syukur ke hadratnya, semalam Strategi Wang LIVE telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun saya adalah team pengurusan Ammar Zahar Sdn Bhd (pengajur Strategi Wang LIVE) merangkap emcee dalam seminar ini. Saya juga tak nak melepaskan peluang untuk belajar dari mentor-mentor hebat seperti Abang Abu dan Ammar Zahar.

Saya kagum sebab ada beberapa peserta yang sudah pun mencapai taraf multi-millionaire datang untuk menimba ilmu melalui Strategi Wang LIVE. Strategi Wang pada asalnya merupakan sebuah produk DVD rakaman selama sehari (8 jam) bersama Abang Abu.

Strategi Wang Abang Abu

Melalui feedback dari Strategi Wang 1, para peserta cakap masih tak cukup. Jadi Strategi Wang LIVE kali ini dilakukan selama 3 hari bersama gabungan dari Abang Abu (Mekanik Wang) dan Ammar Zahar (Pakar Strategi Perniagaan Internet) (itu pun masih tak cukup…. hehe). Secara keseluruhannya Strategi Wang adalah terbaik, para peserta kali ini sangat energetic dan bersemangat.

Jadi secara ringkasnya saya belajar 12 perkara melalui Strategi Wang LIVE yang diadakan sepanjang 3 hari ini:-

#1 Minda Wang – Modul yang Abang Abu bawa memang lain dari yang lain. Sebelum nak jadi kaya, kita mesti berfikiran macam orang kaya. Abang Abu sendiri berkongsi beliau sendiri pernah gagal. Tapi dengan mindset betul baru boleh berjaya. Senang cerita, apa yang Abang Abu kongsikan memang di luar kotak pemikiran saya sendiri dan mungkin semua rakyat Malaysia.

Tak lupa juga ‘Cash Flow game’ dalam Strategi Wang dapat memahami karekter para peserta ­čÖé

#2 Kompas Wang – Dapat gaji banyak, income bulanan RM 5,000 – RM 10,000 – sebulan, bisnes kencang tapi sampai tengah bulan TAK TAU DUIT PERGI MANA? Kompas Wang dari Abang Abu memang terbaik. Saya lebih berhati-hati bila berbelanja bila dapat tau teknik Kompas Wang ini.

#3 X-Ray Wang – Nama pun X-Ray, sebagai pemilik wang, kita kena tau berapa wang yang kita ada. X-Ray akan boleh jadikan aliran wang anda macam ala-ala orang kaya. Kalau anda pengguna kad kredit, Abang Abu dedahkan teknik hapuskan hutang kad kredit dalam masa singkat.

#4 Info Wang – Modul ni beralih kepada cara mendapatkan wang, cara menjana wang paling mudah adalah melalui internet. Jadi modul ini di sampaikan oleh Ammar Zahar, pendedahan rahsia sulit Ammar Zahar menjual produk info melalui internet ketika masih berada di universiti. (Pssst… Pendedahan ini juga didedahkan oleh Ammar Zahar melalui produknya Sukses Mania.)

#5 Online Wang – Ammar Zahar mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjual produk online luar negara. Semuanya hanya bermula dari rumah (kalau Ammar Zahar dia bermula dari meja studynya). Jadi produk online luar negara yang boleh dijual adalah melalui rahsia Clickbank Mania yang beliau jalankan hanya secara part-time. Jadi ia adalah sesuai kepada sesiapa yang masih bekerja, dan ingin pendapatan sampingan. Clickbank Mania boleh bermula tanpa laman web, blog, dan sebagainya.

#6 Facebook Wang – Ammar Zahar dedahkan bagaimana dalam masa singkat, boleh buat duit melalui Facebook, rahsia ini tak pernah didedahkan dalam mana-mana modul Ammar Zahar sebelum ini. Hanya gunakan kepakaran yang kita ada kemudian gunakan Facebook ┬ásebagai medium. Dalam modul ini juga “Rahsia Mama” iaitu mak Ammar Zahar menjana lebih RM7000 sebulan. (Psttt… Ammar Zahar juga berkongsi teknik Facebook beliau melalui Facebook Ads Mania)

#7 Magnet Wang – Sessi kali ini diambil alih kembali oleh Abang Abu. Ini adalah teknik bagaimana nak jadikan diri kita magnet wang yang boleh menarik wang kepada anda. Sessi ini sangat menarik kerana wang dari RM1 boleh berganda menjadi RM2 sehingga menjadi RM1 juta. Nampak macam mustahil. Tapi selepas saya melalui sessi ini bukan mustahil jadikan RM1 menjadi RM1 juta.

#8 Enjin Wang – Baru saya tahu selama ini rupa-rupanya wang mempunyai enjinnya sendiri. Seperti biasa Abang Abu dedahkan sesuatu yang tak pernah terfikir dalam otak kita. Dalam bab ini, melalui pendapatan yang kita dapat melalui internet (melalui modul yang di ajar oleh Ammar Zahar) dilaburkan ke tempat yang sesuai bersesuaian dengan pendapatan kita. Yang paling penting, topik ini membuatkan kita rasa jadi seorang pelabur yang sangat-sangat luar biasa

#9 Highway Wang – Dengar dari istilah ‘highway’ pun kita dah rasa.. sesuatu yang besar. Wang yang kita ada ibarat highway, dalam masa singkat menjadikan kita jutawan. Highway Wang lengkap dengan pelan tindakan yang bersesuaian dengan bajet kita.

#10 Affiliate Wang – Ammar Zahar mendedahkan rahsia menjana 4 angka dalam masa 3 hari TANPA PRODUK. Sehingga kini beliau dah tidak mempromosi produk online dari luar negara tapi masih menerima komisyen tanpa henti? Nak tahu rahsianya? Tentu hanya di Strategi Wang ;-). Clickbank Mania adalah produk terbaik jika anda ingin belajar cara menjana income affiliate tanpa produk.

#11 Email Wang – Ini adalah strategi promosi melalui email list. Tapi harus ingat ini adalah BUKAN mempromosi produk melalui email spam. Tapi ia adalah strategi pemasaran email yang banyak digunakan oleh pakar-pakar perniagaan internet. Ammar juga dedahkan rahsia mengumpul email prospek lebih 3000 dalam masa 48 jam.

#12 Trafik Wang – Ammar Zahar mendedahkan bagaimana nak tarik pengunjung kepada produk yang ingin anda tawarkan. Teknik trafik ada yang percuma ada juga yang berbayar. Teknik percuma dari Ammar Zahar memang praktikal dan berkesan. Boleh menukarkan prospek kepada pelanggan anda dalam masa singkat. Kalau nak belajar teknik trafik percuma dari Ammar Zahar, boleh belajar dari Trafik Mania

 

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. sadiq April 30, 2012
    • Faisal Reza April 30, 2012

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>