12 Perkara Saya Belajar di Halaqah Jutawan Raja Kamil

Halaqah Jutawan Raja Kamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama blog saya ni bersawang, buat julung-julung kalinya pada tahun 2013, awal pagi 21 Februari tercetusnya untuk saya kembali ber’blogging’, dengan tujuan berkongsi ilmu kepada para pembaca. Semuanya semangat yang hadir dari Halaqah Jutawan yang saya ikuti beberapa hari lepas. Doakan saya untuk terus istiqamah dalam berkongsi ilmu pengetahuan. InsyaALLAH amin.

Halaqah Jutawan

Ramai yang bertanya kepada saya apa Halaqah Jutawan tu? Macam mana saya boleh terjebak dengan Halaqah Jutawan? Kenapa saya tak tau Raja Kamil ada buat Halaqah Jutawan.

Halaqah Jutawan adalah suatu ‘group’ yang diasaskan oleh tuan Raja Kamil, iaitu otai perniagaan internet Malaysia (boleh Google sebab tuan Raja Kamil terkenal kat internet). Trademark tuan Raja Kamil adalah seorang yang sempoi berkain pelekat, sebab beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah dan melalui internet (sebab tu boleh pakai kain pelekat je).

Halaqah Jutawan bertujuan untuk ahli-ahlinya :-

1) Mencapai bebas kewangan.

2) Mencapai taraf jutawan muslim iaitu jutawan di dunia dan di akhirat.

3) Networking dan bantu-membantu sesama ahli. Ahli-ahli Halaqah Jutawan adalah bersaudara.

4) Perkongsian ilmu dan tuan Raja Kamil bertindak sebagai mentor kepada ahli-ahli Halaqah Jutawan.

Keahlian Halaqah Jutawan adalah tertutup (eksklusif). Hanya dipilih oleh tuan Raja Kamil melalui permohonan melalui Private Message Facebook dan hanya seramai 10 orang saya yang terpilih dari ramai permohonan. (kira saya ni antara yang bertuah terpilih 🙂 ).

Antara ahli-ahli Halaqah Jutawan : 1) Tuan Raja Kamil. 2) Faisal Reza Rahman. (saya la tu). 3) Mohamad Nasrol 4) Fairus Rs. 5) Naqib Derani 6) Kamal Asimoni. 7) Eddie Ka Ejen Hartanah 8) Aqif Azizan 9) Encik Zali 10) Surizul Husin 11) Muhammad Ooi 12) Encik Adam Lee

Pengisian Halaqah Jutawan :-

– Dimulakan dengan bacaan Al-Quran, setiap ahli akan membacakan ayat suci Al-Quran setengah muka bersama terjemahan. Kemudian diulas oleh tuan Raja Kamil mengenai ayat AL-Quran yang dibaca.

– Perkongsian tentang perniagaan masing-masing oleh setiap ahli. Jika masih bekerja nyatakan kerja apa dan kena nyatakan matlamat perniagaan. Alhamdulillah kebanyak ahli Halaqah Jutawan ketika perjumpaan pertama yang masih berkerja, tetapi perjumpaan terkini telah berhenti kerja dan ada perniagaan sendiri (termasuk saya).

– Setiap edisi perjumpaan ada topik yang akan dibincangkan. Topik yang dibincangkan pada Halaqah Jutawan 19 Februari lepas adalah ” Menjana Pendapatan RM5000 sebulan melalui Facebook”. Alhamdulillah dalam topik ini saya banyak belajar teknik-teknik Facebook dari tuan Raja Kamil.

– Solat Zohor secara berjemaah di surau.

12 Perkara Yang Saya Belajar Dari Halaqah Jutawan

1) Ayat Al-Quran yang kami baca adalah dari Surah Al-Anfal. Ulasan dari Surah ini dari Ayat 2 hingga 3 iaitu ; Orang yang beriman kepada ALLAH akan diberi keampunan dan rezeki dari-NYA.

Kebiasaannya dalam Al-Quran apabila muncul ayat keampunan seperti “Al-Ghafur” ” Al-‘Aafu” mesti disertakan sekali dengan “Ar-Rizqi”. Dengan mendapat memohon keampunan ALLAH atas kesilapan kita dan kuatkan iman kita dari situlah kita dikurniakan rezeki tak terhingga dari-NYA.

2) Jangan biarkan rakan/saudara/sahabat/adik-beradik kita terus miskin. Bantulah mereka sebaik-baiknya bukan sekadar bantuan kewangan tetapi boleh bantu melalui peluang pekerjaan, perniagaan, ilmu dan sebagainya. Ini kerana kemiskinan boleh membawa kekufuran.

Cuba lihat berapa ramai orang Islam terpaksa bekerja sehingga terpaksa abaikan solat di bawah majikan bukan Islam. Cuba lihat berapa ramai orang Islam terpaksa ambil memberi rasuah untuk dapat tender. Ada yang terpaksa mengambil derma dari gereja dengan alasan tiada pilihan lain. Bantulah saudara-saudara kita ini.

3) Anak itu adalah rezeki. Dalam Halaqah Jutawan kebanyakannya ahli telah berkahwin dan baru menimang cahaya mata. Alhamdulillah lahir je anak ALLAH telah beri rezeki kepada kita. Saya pun diberi rezeki melimpah ruah dari kelahiran anak pertama saya.

4) Jatuh dalam perniagaan adalah perkara biasa. Dengan kejatuhan inilah kita akan nampak banyak saluran yang boleh memperbaiki perniagaan kita untuk naik balik.

5) Apabila anda ada ilmu/pengalaman dalam perniagaan anda yang telah berjaya. Ajarkan pada orang lain supaya orang lain dapat manfaat. Semakin banyak ilmu yang kita ajar semakin banyak ilmu kita bertambah.

6) Ramai orang suka copycat 100% iaitu kalau tengok orang lain jual nasi lemak laku, dia pun nak jual nasi lemak. Strategi sebenar adalah jadi copycat 60%-70% sahaja. Belajar strategi macam macam orang yang berjaya boleh berjaya, kemudian tukar produk, jual bihun goreng ke, nasi ayam hainan ke.

(…Perkara 7 hingga 12 adalah Tips-Tips Jana Pendapatan RM5000 sebulan melalui Facebook)

7) Facebook adalah platform termudah untuk jana pendapatan dengan kos yang mininum (mungkin zero cost) cari produk (fizikal atau digital) yang berpotensi untuk dijual. Cuba jual di Facebook bermula dengan rakan-rakan anda dahulu.

8) Share post setiap hari sekurang-kurangnya 5 hingga 10 post yang berupa kata-kata motivasi. Post-post kita bertujuan untuk engage dengan customer / bakal customer.

9) Pelbagaikan gaya pada post Facebook. Cuba lihat mana post yang datang kesan. (Like atau Komen yang mana yang banyak)

10) Jika jual produk fizikal, boleh jadikan produk fizikal itu digital. Contoh : kalau jual tudung, boleh buat ebook atau video tips-tips memakai tudung. Boleh jual atau edarkan secara percuma.

11) Cari reason untuk hubungi balik pelanggan anda. Contoh : jika mereka pernah beli produk anda. Sekali sekala private message diorang tanya khabar dan tanya tentang produk yang dibeli. Apa respon mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa kita jaga pelanggan kita.

12) Once Buyers Always Buyers. Jika rakan Facebook / Fanpage anda adalah buyer list / pelanggan anda, jangan takut untuk promosi produk lain yang berkaitan.

Gambar FR dan RK

Gambar saya dan tuan Raja Kamil yang sempoi berkain pelekat.

Halaqah Jutawan Team

Geng-geng Halaqah Jutawan yang hadir pada 19 Februari 2012.

halaqah Jutawan membership

Geng-Geng Halaqah Jutawan yang hadir (kali ni tuan RK jadi cameraman)

+ Kredit Gambar dari Mohamad Nasrol.

PROFAIL RAJA KAMIL

Kepada sesiapa yang terbaca post ini belum mengenali siapa itu Raja Kamil. Beliau merupakan Pakar Perniagaan Internet yang menjalankan perniagaan melalui internet hanya dari rumah. Kesempoian beliau dalam perniagaan internet dapat dilihat melalui trade mark beliau iaitu berkain pelikat di rumah menunjukkan beliau bebas untuk memakai apa sahaja ketika berniaga di internet.

Antara produk beliau yang paling laris adalah Ebook50k.com iaitu teknik menjana pendapatan RM50 ribu setahun dengan ebook murah-murah. Produk ini amat saya sarankan kepada mereka yang berminat untuk menjalan perniagaan di internet.

Faisal Reza Rahman
Faisal Reza Rahman berasal dari Ampang, Kuala Lumpur. Beliau menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak tahun 2009. Kepakaran dalam Blogging, Wordpress, SEO Marketing, Facebook Ads, dan Google Adwords.

Pernah berkhidmat sebagai crew sambilan di Irfan Khairi Sdn Bhd, Manager di Jootawan Group, Event Manager di IluvIslam.com, dan Marketing Manager di SifuFBAds Sdn Bhd.

Latest Comments

  1. Fairuz RS February 21, 2013
  2. Raja Kamil February 21, 2013
    • Fairuz Rs February 21, 2013
    • Shahrir Bahar February 21, 2013
    • Faisal Reza Rahman February 21, 2013
    • Qashryn Noorza February 21, 2013
  3. Raja Kamil February 21, 2013
  4. saharizam February 21, 2013
    • Faisal Reza February 21, 2013
  5. Zulhilmi Zainudin February 28, 2013

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

>